Carian
Mitos Senaman – Regangan Badan Boleh Menyebabkan Kecederaan?
July 3, 2020 Lina Rosli

Mitos Senaman – Regangan Badan Boleh Menyebabkan Kecederaan?

Seperti yang anda tahu, aktiviti meregangkan otot sememangnya sudah menjadi kebiasaan orang ramai dalam melakukannya sebelum mula bersenam. Hal ini dikatakan bagi mengelakkan kecederaan fizikal lebih-lebih lagi otot sewaktu melakukan aktiviti berat.

Walau bagaimanapun, tidak ada penyelidikan yang dapat menyokong idea tersebut. Apa yang mengejutkan juga adalah aktiviti regangan statik atau pra-senaman merupakan salah satu faktor yang turut memberi kesan buruk kepada prestasi. 

Menurut kajian yang dilakukan oleh Western Journal of Medicine (WJM), terdapat bukti klinikal yang menunjukkan bahawa regangan sebelum bersenam tidak mencegah kecederaan. Van Mechelen pula membuat kesimpulan bahawa intervensi tersebut tidak mempengaruhi ketersediaan otot anda dan juga tidak memberi sebarang manfaat kepada tubuh anda.

Jadi, adakah aktiviti regangan badan membantu mengurangkan risiko cedera hanya sekadar mitos atau sebaliknya?

Pertama, sebilangan orang percaya bahawa otot yang anjal cenderung untuk tidak mengalami kecederaan. Dari kajian sains asas mendapatii bahawa peningkatan komplians (keanjalan) tisu disebabkan oleh suhu, imobilisasi (fraktur) atau keletihan sering dikaitkan dengan penurunan keupayaan untuk menyerap tenaga. Walaupun peningkatan komplians tidak setara dengan regangan, tidak ada penyelidikan sains asas yang menunjukkan bahawa peningkatan komplians tisu dikaitkan dengan kemampuan yang lebih besar untuk menyerap tenaga. 

Kedua, kebanyakan kecederaan dipercayai berlaku semasa pengecutan eksentrik yang boleh menyebabkan kerosakan dalam jarak pergerakan normal kerana heterogenitas panjang sarcomere. Persoalannya, sekiranya kecederaan biasanya berlaku dalam jarak pergerakan normal, mengapa peningkatan jarak gerakan boleh mencegah kecederaan?

Menurut kajian yang dilakukan di University of Zagreb, sebanhyak 104 kajian peregangan telah dianalisis. Ia mendapati bahawa regangan statik akan mengurangkan kekuatan otot para atlet sekitar hampir 5.5 peratus.

man in white sleeveless top

Ketiga, regangan yang tidak dilakukan dengan baik juga boleh menyebabkan kerosakan pada sel tisu (sitoskeleton). Setakat ini, tidak ada bukti sains yang menunjukkan bahawa aktiviti regangan dapat mengurangkan kecederaan. 

Kesimpulannya, bagi mengelakkan kecederaan, otot tendon harus menjadi elastik. Tetapi dengan melakukan regangan badan akan menjadikan ia kurang elastik, sekaligus mengurangkan kekuatan untuk menangani beban tenaga yang besar.

Sumber: NCBI

Komen