Coway Kecil Penapis Air Bersaiz Kompak Pada Harga RM99 Sebulan

Bagi anda yang masih tercari-cari pembersih air untuk rumah anda, Coway kini hadir dengan perkakas baru yang dinamakan Coway Kecil. Ia merupakan pembersih air yang menampilkan teknologi penyaringan langsung dengan reka bentuk minimalis sesuai untuk rumah-rumah moden atau mempunyai kapasiti ruang yang kecil.

Pembersih air ini hadir dengan saiz kompak dengan lebar sebesar 7-inci bersama 1 panel sesentuh digital. Menarik mengenai perkakas ini, ia mengambil masa hanya 0 saat untuk mendapatkan air bersih dan selamat yang mana ia dilengkapi dengan teknologi penapisan langsung Coway. Selain saiznya yang kecil yang mana sesuai untuk anda yang memerlukan penjimatan ruang, ia juga hadir dengan kemasan warna yang cukup menarik iaitu sago beige.

Ciri utama yang difokuskan pada Coway Kecil adalah sistem pembersihan air langsung, serta reka bentuknya yang ramping dan langsing. Bukan itu sahaja, panel digitalnya juga menawarkan pengalaman pengambilan air dengan hanya satu sentuhan mudah.  Pembersih air ini juga hadir dengan variasi tetapan suhu air bagi memenuhi pelbagai keperluan isi rumah Malaysia.

Bagi yang berminat, pembersih air Coway Kecil akan tersedia untuk disewa pada akhir Julai 2020 dengan kadar sewa bulanan hanya RM99 atau boleh dibeli dengan harga runcit RM3590 sebuah.