Lina Rosli Diterbitkan 6 July 2020

Adakah Pasta Baik Untuk Kesihatan Atau Sebaliknya?

Adakah Pasta Baik Untuk Kesihatan Atau Sebaliknya?

Jika kita lihat untuk pasta tradisional, ia adalah sejenis mi yang diperbuat dari durum gandum, telur dan air. Kemudiannya, ia dibentuk menjadi bentuk mi yang berbeza dan dimasak dalam air mendidih. 

Pasta adalah makanan pilihan kebanyakan individu masa kini yang mana ia enak dan mengenyangkan. Namun begitu, terdapat beberapa jenis pasta yang menyediakan karbohidrat kosong, yang mana ia menawarkan nilai pemakanan yang sangat sedikit di samping penyediaan jumlah kalori yang tinggi. Jadi, adakah pasta memberikan khasiat pada kesihatan?

uncooked three pastas

Pasta adalah makanan yang sangat popular. Menurut National Pasta Association, rata-rata individu di Amerika Syarikat makan 9kg pasta setiap tahun. Walau bagaimanapun, penyelidikan pada tahun 2017 menunjukkan penurunan populariti pasta yang sebahagiannya disebabkan oleh masalah kesihatan dan pemakanan.

Adakah pasta sihat?

Pasta boleh menjadi makanan tambahan yang baik untuk diet yang sihat. Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa pasta membantu dalam penurunan berat badan. Kajian menyimpulkan bahawa pasta tidak mempengaruhi peningkatan berat atau peningkatan lemak badan.

pasta with meat on saucer

Glycemic Index (GI) adalah ukuran seberapa cepat dan ketara makanan yang tinggi karbohidrat dapat meningkatkan gula darah. Semakin cepat penyerapan, semakin tinggi kadar gula darah seseorang.

Secara amnya, makanan rendah glisemik dapat membantu seseorang mengawal berat badannya dan menurunkan risiko penyakit jantung dan diabetes jenis 2.

Menurut American Diabetes Association, makanan berkanji seperti pasta boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat bagi penghidap diabetes. Walau bagaimanapun, adalah mustahak untuk mengetahui kuantiti pengambilan pasta untuk meminimumkan penghasilan lemak tinggi.

Adakah Pasta Mengandungi Kalori Yang Tinggi?

Walaupun pasta memberikan kebaikan pada diet namun ia turut mengandungi jumlah kalori yang tinggi. 

Tahukah anda bahawa keperluan kalori harian purata orang dewasa adalah sekitar 1,600 sehingga 2,000 kalori untuk wanita dan 2,000 hingga 3,000 kalori untuk lelaki. Untuk hidangan spaghetti bersama sos cendawan berkrim dan bebola daging pula mengandungi 1,680 kalori. Ia dilihat menyumbang sekurang-kurangnya separuh daripada kalori sehari atau mungkin juga jumlah penuh.

Namun, untuk menjadikan hidangan pasta anda lebih berkhasiat, anda boleh:

  • menambah banyak sayur-sayuran
  • menggunakan protein tanpa lemak, seperti ikan
  • mengehadkan jumlah minyak hingga 1-2 sudu besar
  • menggantikan keju dengan yis pemakanan

Akhir sekali, ia juga penting untuk anda meletakkan had pengambilan untuk setiap hidangan. Anda boleh  mengisi separuh pinggan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan lebih kurang seperempat untuk  karbohidrat, seperti pasta.