Serlahkan Pendapat Dan Rasa Hati Anda Menggunakan Biskut Oreo
Selepas lebih 50 tahun telah dilancarkan di pasaran, OREO kali ini hadir dengan pelancaran OREO edisi terhad yang menampilkan corak timbul menggantikan corak asli OREO dengan seleksi huruf dan emoji. Menerusi kempen ‘Say It With Oreo’ (‘Nyatakan dengan OREO’) , jenama ini hadir bagi membantu individu mengekspresikan perasaan mereka tanpa menggunakan suara dan tulisan.
Dalam keadaan sekarang, kebanyakan individu lebih banyak meluangkan masa di rumah dan menikmati snek bersama orang tersayang. Jadi, dengan kempen terbaru ini, ia dapat menambah keseronokan di samping mencetuskan idea yang penuh ceria. Anda juga boleh menggunakan biskut OREO ini untuk menghantar mesej, mencipta singkatan kata, atau berkongsi slanga tempatan kegemaran anda dalam melahirkan detik riang sekaligus dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat.
Sebelum ini, OREO telah memperkenalkan pelbagai perisa yang tersendiri termasuklah red velvet, mentega kacang, pudina dan strawberi. Namun, ini merupakan kali pertama OREO membuat perubahan ke atas wafer biskut keluarannya yang menampilkan 20 huruf dan emoji unik.
OREO edisi terhad ini boleh didapati dalam perisa asli dan coklat di semua cawangan runcit, kedai serbaneka dan kedai dalam talian terkemuka, termasuklah Giant, Mydin, AEON, dan Lazada dalam. Ia boleh didapatkan pada harga RM3.30 untuk pek 133g, manakala RM5.89 untuk pek 264.6g.
Bukan itu sahaja, OREO turut menampilkan pelbagai peraduan dan aktiviti kepada pengguna ini bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia yang kreatif untuk berimaginasi dan mempamerkan keseronokan menerusi peraduan foto, permainan teka kata interaktif dan pelbagai aktiviti lagi. Peraduan yang berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2020. Untuk mengambil bahagian, sila layari www.sayitwithoreo.com bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai peraduan tersebut.