Carian
Cara Menangani Millia di Wajah
July 7, 2020 Min Ahmad

Cara Menangani Millia di Wajah

Ada di antara anda yang mengalami milia. Milia adalah di antara masalah kulit yang biasa dijumpai. Namun begitu adakah milia ialah masalah kulit yang perlu anda risaukan dan apa yang boleh anda bagaimana anda boleh mengatasi milia daripada berlarutan?

Bagaimana Milia Terjadi?

Kulit kita secara asasnya terbentuk daripada keratin. Keratin ialah protein berstruktur yang membentuk kulit, kuku dan rambut.

Seperti yang diketahui, kulit akan melalui fasa pembaharuan (renewal) setiap 30 hari. Ketika proses ini, kulit akan menyingkirkan sel kulit mati lama bagi menghasilkan kulit yang baru.

Milia secara umumnya terjadi apabila kulit di sesuatu bahagian hilang keupayaan untuk menyingkirkan kulit mati secara semulajadi. Ini menyebabkan pengumpulan keratin sel kulit lama, yang lantas boleh menyebabkan berlakunya build-up dan lantas membentuk bump kecil yang kita kenali sebagai milia.

Milia sering terjadi di kawasan kelopak mata, bawah mata, pipi, hidung dan bibir. Ia juga boleh terbentuk di kawasan badan serta alat sulit.

Tidak seperti jerawat, milia adalah sejenis sista. Ia tidak terbentuk di kawasan pori wajah. Oleh yang sedemikian, ia tidak akan merengsa, membengkak ataupun terasa sakit.

Walaupun tidak menyakitkan ilia tidak menyakitkan namun penampilan kulit yang tidak halus dan rata menimbulkan ketidaksenangan bagi sesiapa yang mengalaminya, tambahan pula jika ia tampil dengan banyak serata wajah.

Apakah Jenis- Jenis Milia?

Ada dua jenis milia primer dan milia sekunder. Milia primer terbentuk secara semulajadi akibat keratin yang terperangkap di bawah permukaan kulit. Milia jenis ini sering ditemui di kalangan bayi, kanak- kanak, orang dewasa dan orang tua.

Milia sekunder pula ada sama seperti milia primer. Bezanya ialah milia sekunder terbentuk akibat liang kulit membentuk build-up keratin akibat kecederaan, luka terbakar ataupun kesan lecuran.

Milia neonatal

Milia neonatal dikategorikan sebagai milia primer. Ia biasa ditemui di kulit bayi yang baru lahir dan akan hilang dalam masa beberapa minggu. Ia dijumpai di kawasan muka, kulit kepala dan bahagian atas badan dan merupakan satu kejadian yang biasa ditemui di kalangan bayi.

Milia En Plaque

Situasi ini sering dikaitkan dengan penyakit genetik atau autoimun kulit seperti discoid lupus atau lichen planus. Ia seringkali dijumpai di kawasan kelopak mata, telinga, pipi dan bahagia bawah pipi. Sista yang terbentuk kelihatan lebih besar dan kerap kali dijumpai di kalangan wanita pertengahan usia walaupun ia boleh berlaku di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak tanpa mengira usia dan jantina.

Multiple Eruptive Milia (MEM)

MEM ialah penyakit kulit yang jarang berlaku. Ia menyebabkan kemunculan milia yang banyak dan bertumpu di satu kawasan.  Ia kerap terjadi di kawasan kepala, leher dan badan. Milia yang terbentuk adalah kecil dengan sista berkeratin yang berwarna keputihan. Ia boleh muncul tanpa sebarang tanda-tanda dan terasa gatal.

Milia Akibat Kecederaan

Milia juga boleh berlaku akibat kecederaan di kulit seperti kesan lecuran dan ruam nyang teruk. Sista yang terbentuk juga boleh merengsa dan kelihatan kemerah-merahan dengan pustul putih di bahagian tengah.

Milia Akibat Penggunaan Produk

Milia juga boleh berlaku akibat penggunaan sesetengah produk. Ini adalah diakibatkan oleh produk yang mengandungi bahan yang berasaskan mineral oil seperti paraffin dan/atau petrolatum. Oleh yang sedemikian, sekiranya anda mendapati milia yang ada di kulit adalah disebabkan oleh kehadiran bahan tersebut, adalah disyorkan anda bertukar kepada produk yang berasaskan minyak yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan seperti minyak jojoba, minyak kacang badam atau minyak

Cara Merawat Milia

Walaupun milia tidak berbahaya, kemunculannya terutama di wajah sedikit sebanyak mampu menjejaskan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

Milia yang sudah wujud di wajah mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk hilang dengan sendirinya. Namun, sekiranya anda mengalami masalah milia muncul dengan kerap diwajah, anda disarankan untuk berjumpa dengan pakar dermatologi untuk menangani masalah tersebut. Kebiasaanya, pakar akan menggunakan jarum atau bilah yang steril untuk membuat bukaan di kawasan sista atau pun akan diekstak secara terus. Untuk kes yang lebih serius, rawatan laser mungkin akan disarankan bagi membuang milia.

Namun begitu, ada beberapa langkah yang boleh disyorkan bagi membantu anda mencegah kemunculan milia:

Cuci Muka/ Badan Dengan Bersih

Kaedah pembersihan yang tidak betul juga memainkan peranan dalam pembentukan milia kerana ia menggalakkan pembentukan build-up. Untuk kawasan muka, anda digalakkan mengamalkan double cleansing manakala bersihkan kawasan badan dengan sabun mandian yang tidak mengeringkan kulit. Penggunaan loofah badan juga dapat membantu membersihkan kulit badan dengan lebih berkesan.

Menggunakan Produk Exfoliation

Menggunakan produk chemical exfoliation seperti membantu menghalang milia untuk muncul kerana ia membantu dalam proses pembaharuan kulit dengan menyingkirkan lapisan kulit lama. Antara yang dicadangkan ialah produk yang berasakan asid glikolik, asid laktik, atau asid salisilik. Produk berasaskan retinoid juga boleh digunakan bagi menggalakkan proses pembaharuan dan menghaluskan permukaan kulit. Namun begitu, langkah ini hanya sesuai untuk mereka yang sudah mempunyai rutin penjagaan muka yang kukuh dan tidak sesuai buat beginners. Penggunaan produk ini juga harus diikuti dengan penggunaan krim pelindung matahari di siang hari.

Sekiranya anda tidak biasa dengan produk chemical exfoliation, anda juga boleh menggunakan skrub wajah. Sama seperti chemical exfoliatior, skrub merupakan physical exfoliator yang boleh digunakan untuk menggalakkan pembaharuan sel-sel kulit dan menyingkirkan kulit lama yang dapat mengelakkan build-up dan lantas menghalang embentukan milia. Namun begitu, anda disarankan menggunakan skrub yang tidak merengsakan kulit. Gosok ke wajah dengan lembut dan gunakan maksimum 2 kali seminggu.

Melindungi kulit dengan krim pelindungan cahaya matahari

Dalam apa-apa jua langkah penjagaan kulit, menggunakan krim pelindung matahari adalah amat disarankan. Kerosakan kulit akibat pendedahan kepada cahaya matahari alah salah satu sebab utama milia terbentuk. Oleh yang sedemikian, biasakan diri memakai krim pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF30 setiap hari sebelum anda keluar rumah dan sapukannya semula ke wajah menjelang waktu tengahari. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Komen