Carian
Redlines- Kesan Pada Enjin Apabila Kelajuan Mencapai Garis Merah
July 8, 2020 Lina Rosli

Redlines- Kesan Pada Enjin Apabila Kelajuan Mencapai Garis Merah

Semua enjin mempunyai redlines atau garis merah yang merupakan nilai rpm maksimum yang dapat ditampungnya. Jika anda mencapai meter di luar garis merah, ia akan menyebabkan peningkatan dalam kuasa enjin dan penggunaan minyak yang banyak. 

Untuk anda yang menggunakan kereta transmisi automatik, anda tidak perlu terlalu risau jika mencapai garis merah pada takometer anda. Namun, untuk kereta yang menggunakan mod pergeseran manual atau transmisi manual, ia boleh mencapai sekaligus masuk ke zon merah jika kenderaan tidak mempunyai rev limiter

Apa itu redlines? Ia adalah sebuah garis bewarna merah yang diletakkan pada takometer (tolok yang mengukur rpm). Ia menunjukkan kelajuan maksimum untuk enjin beroperasi. Titik pemotongan antara garis merah pertama dan rpm bawah adalah di mana had rpm itu berada.

Apakah had redlines kereta? Garis merah untuk setiap enjin adalah berbeza-beza. Enjin yang besar, seperti dalam kereta api boleh mencapai sehingga ratusan ribu RPM. Enjin yang kecil atau kenderaan berprestasi tinggi seperti motosikal dan kereta sport biasanya mempunyai garis merah yang lebih tinggi. Hal ini kerana, ia mempunyai jisim timbal balik yang lebih rendah. Sebagai contoh, Honda CBR250 mempunyai garis semula sekitar 19,000 rpm. Enjin automotif pula biasanya akan mempunyai garis merah sekitar 5500 hingga 7000 rpm.

Perbezaan Garis Merah Mengikut Jenis Transmisi Kenderaan

Secara umumnya, redlining tidak memberikan kesan yang buruk pada kereta menerusi syarat dan cara tertentu. Seperti yang anda tahu, RPM ditunjukkan dalam kiraan ribu. Jika takometer berada pada angka 4, ini bermakna komponen di dalam enjin berputar 4000 setiap minit

Pada enjin transmisi automatik, pemandu tidak perlu memperhatikan meter RPM kerana ia sudah ditetapkan secara autoamtik. Walau bagaimanapun, jika meter RPM mencapai garis merah secara statik, anda perlu melakukan pemeriksaan untuk enjin kenderaan anda.

Sistem komputer di kebanyakan kereta moden menghalang enjin daripada mencapai garis merah yang mana mereka akan memotong aliran bahan bakar ke enjin atau mematikan sistem pencucuhan sehingga paras kelajuan enjin jatuh ke nilai operasi yang lebih selamat. Litar ini dikenali sebagai rev limiter dan biasanya ditetapkan ke nilai RPM pada garis merah.

black car analog instrument panel cluster

Berbanding kenderaan automatik, pemandu kenderaan transmisi manual harus lebih peka dengan pergerakan RPM. Jika jarum terlalu sering menyentuh garis merah maka komponen mesin akan lebih cepat haus selain enjin telah mencapai tenaga maksima yang telah ditetapkan.

Adakah Selamat Jika Enjin Anda Pada Garis Merah?

Bagi anda yang mementingkan efisiensi kenderaan, anda disarankan untuk tidak memacu kendaraan melebihi 3000 RPM. Hal ini agar putaran mesin tidak terlalu laju berputar selain memastikan enjin berada di dalam keadaan baik.

Setiap pengeluar kenderaan biasanya telah menjelaskan tenaga maksima untuk setiap enjin. Hentakan tenaga maksima yang dihasilkan oleh enjin dapat dicapai pada RPM tertentu. Jika melebihi aturan tersebut, selain melakukan membazirkan pembakaran bahan api, ia juga membuang kuasa enjin jika terlalu kerap dilakukan.

Kesimpulannya, pastikan anda mengetahui perbezaan antara “penggunaan” yang optimal dan “penyalahgunaan” sewaktu pemanduan. 

Komen