Carian
7 Fungsi Ketuhar Gelombang Mikro – Selain Memanaskan Makanan
July 9, 2020 Lina Rosli

7 Fungsi Ketuhar Gelombang Mikro – Selain Memanaskan Makanan

Tahukah anda ketuhar gelombang mikro sudah dicipta sejak tahun 1947 oleh Raytheon bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (research & development) sewaktu perang dunia kedua? Seterusnya pada tahun 1955, syarikat Tappan telah mempatenkan tekologi ini menjadi kelengkapan dapur. Walau bagaimanapun, pada masa itu harganya sangat mahal iaitu sekitar RM48,000 dan hanya dimiliki oleh golongan yang berkemampuan.

white microwave oven turned off

Sebelum wujudnya ketuhar gelombang mikro, hidangan biasanya mengambil masa berjam-jam untuk dimasak dan kini boleh disediakan dalam ketuhar gelombang mikro dalam masa yang singkat. Selain memasak dan memanaskan masakan, perkakas ini juga hadir dengan pelbagai fungsi lain yang mungkin anda tidak ketahui. 

Berikut adalah tujuh perkara lain yang boleh anda lakukan menggunakan ketuhar gelombang mikro:

Mensterilkan benih dan tanah

Ketuhar gelombang mikro dapat menghilangkan beberapa bahan cemar seperti bakteria dan membunuh kulat pada tanah. Untuk melakukan kaedah ini, anda boleh letakkan tanah di dalam mangkuk dan air yang secukupnya. Kemudian, tutup tanah tersebut dengan dengan aluminium foil. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan 94 celcius sehingga suhu pusat mencapai 82 celcius selama 2 minit.

Membersihkan span basuh pinggan

Walaupun peluntur adalah pembunuh bakteria yang paling berkesan, namun terdapat cara lain yang boleh membasmi sehingga 99.9% kuman. Ia adalah dengan membersihkan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Untuk melakukan kaedah ini, letakkan span ke dalam ketuhar gelombang mikro dan rendamkan di dalam air. Kemudian panaskan pada suhu tinggi selama satu minit hingga dua minit.

silver and black microwave oven

Melembutkan roti yang telah kering/keras

Sediakan tuala dan sedikit air. Balut roti dengan tuala lembap (tidak merendam), letakkan di atas pinggan dan panaskan selama 10 saat. Periksa dan ulangi jika perlu. Perhatikan keadaan roti agar tidak terlalu panas dan tuala tidak terbakar.

Mengupas bawang putih

Letakkan bawang putih ke dalam mangkuk kecil atau di atas tuala kertas dan panaskannya di dalam ketuhar gelombang mikro selama 15 hingga 20 saat bergantung pada saiz labu. Dengan ini, ia tidak lagi mengambil masa yang terlalu lama untuk selesai mengupas selain kulit bawang tidak lagi melekat di isinya.

Memudahkan proses perahan jus

Adakah anda suka membuat jus oren buatan sendiri atau perlu memerah jus lemon untuk minuman detoks? Masukkan limau atau lemon ke dalam ketuhar gelombang mikro selama kira-kira 15 atau 20 saat sebelum anda memotongnya. Setelah selesai dipanaskan, anda akan mendapati bahawa jus akan lebih mudah diperah selain memperoleh lebih banyak jus. Pastikan anda tidak membiarkannya terlalu lama kerana ia akan menjadikan buah terlalu kering.

Memanggang semula kacang

Ketuhar gelombang mikro juga berfungsi dengan baik untuk memanggang kacang. Masukkan kacang ke dalam mangkuk dan tambahkan satu atau dua titis minyak masak. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama kira-kira satu minit dan kemudian kacau sedikit. Ulangi proses sehingga sesuai dengan keinginan anda, yang biasanya memakan masa sekitar lima minit. Anda juga boleh melakukannya dengan biji labu dan biji bunga matahari jika anda suka memanggang sendiri.

Menyediakan bertih jagung

Masukkan minyak zaitun dan sedikit garam ke dalam mangkuk. Masukkan hiji bertih jagung dan kacau sehingga biji sebati sepenuhnya dengan campuran minyak dan garam. Tutup mangkuk dengan penutup berventilasi dan tetapkan ketuhar gelombang mikro pada suhu tinggi sekitar 3 hingga 4 minit atau sehingga muncul bunyi perlahan hingga 1 atau 2 saat antara pop.

________________________________________________________________________

Selain tujuh perkara di atas, anda juga boleh mencuba memanggang kerepek kentang, memanaskan foam untuk latte dan banyak lagi. Selamat mencuba!

Komen