5 Kombinasi Denim Biru Untuk Penampilan Yang Lebih Versatil
Terdapat banyak kombinasi denim biru bersama baju atau blaus yang boleh dibawa pergi ke luar atau pergi bekerja. Anda boleh kekal bergaya sekaligus menjadi inspirasi dan kreatif tanpa harus mengikuti standard biasa.
Umumnya, pemakaian seluar denim sesuai dipakai di tempat tidaklah terlalu formal. Namun, hakikatnya banyak kombinasi dan penampilan yang boleh anda lakukan menggunakan seluar denim termasuk untuk wanita muslimah.
Apa yang menarik mengenai seluar denim adalah anda boleh bermain dengan banyak kombinasi dan mengenakan pakaian yang dapat membuatkannya tampak formal atau sebaliknya.
Denim Dan Baju Labuh
Sekiranya anda lebih suka penampilan feminin, pilih denim bersama blaus labuh. Sekiranya anda tidak pasti corak apa yang bersesuaian, cuba pilih dengan warna yang selamat seperti putih, beige, kuning, pink dan biru lembut. Kemudian, pakai dengan denim bersama sneakers atau kasut tumit tinggi penampilan hujung minggu yang santai.

Denim Longgar Dan Tshirt Longgar
Untuk jenis tempat seperti pantai, anda boleh menggayakan seluar jeans longgar dan tidak ketat. Anda boleh menggulungnya di bahagian pergelangan kaki untuk tampak lebih santai. Kombinasi yang terbaik adalah menggabungkannya dengan kemeja lebar atau baju yang lebih besar. Pelengkap gaya adalah sandal sederhana dan beg jerami.

Denim Separa Longgar Dan Jaket
Untuk gaya yang lebih ranggi, anda boleh menggayakan seluar jeans separa longgar bersama kasut but serta dipadankan dengan jaket atau sweater.

Denim Bersama Blazer
Anda juga boleh tampil semi-formal dengan memadankan seluar jeans biru anda dengan blazer yang formal bewarna pastel serta kemeja dengan butiran yang lebih ringan seperti corak jalur atau kosong. Untuk pelengkap gaya, pakai bersama kasut tumit tinggi runcing dengan warna yang sama dengan blazer untuk penampilan luar biasa.

Seluar denim dengan baju denim
Pasangkan dua warna denim yang berbeza menghasilkan penampilan yang lebih halus. Cuba seluar jeans biru dengan jaket jeans gelap. Anda juga boleh memakai jaket jeans bersama skirt denim.

Ini adalah beberapa fesyen yang sangat sederhana, dan pada masa yang sama praktikal, kerana anda dapat menggunakannya untuk hampir semua gaya selain sesuai diperagakan oleh setiap lapisan generasi. Di samping itu, ia juga sangat selesa dipakai sesuai untuk anda kekal aktif tanpa perlu membataskan pergerakan harian anda. Selamat mencuba!