Tips Membersihkan Kesan Muntah Pada Karpet Dan Sofa Rumah Anda
Membersihkan muntah atau menghilangkan kotoran makanan adalah bukan perkara yang mudah dan juga tidak menyenangkan dari segian bauannya.
Hal ini kerana, kotoran yang melibatkan makanan perlu dibersihkan dengan kaedah yang berbeza-beza mengikut sisanya. Tetapi ia boleh dibersihkan dengan mudah dan cepat jika dilakukan menggunakan kaedah dan langkah yang betul.

Cara Menghilangkan Kotoran Muntah Di Karpet
Berikut adalah enam langkah yang diperlukan bagi menghilangkan kotoran dengan mudah:
1. Gunakan pengikis plastik atau spatula untuk membuang pepejal seperti sisa makanan. Elakkan daripada menggosok atau mengelap sebilangan besar pepejal terus di karpet. Hal ini akan mengakibatkan kesan kotor merebak ke seluruh karpet.
2. Setelah pepejal dibersihkan, letakkan kain lembap di atas permukaan yang kotor. Anda juga boleh menggunakan tuala kertas atau kain buruk yang bersih.
3. Campurkan larutan pembersih. Anda boleh menggunakan satu sudu cecair pencuci pinggan, 1/2 cawan cuka putih suling dan dua cawan air sejuk. Kemudian, celupkan span, kain putih atau berus bulu lembut ke dalam larutan.
4. Mulakan membersih di bahagian luar. Seterusnya, letakkan larutan pembersih di kawasan yang kotor. Ulang bersih di kawasan kotoran dengan larutan pembersih dan air bersih bagi menghilangkan bau dan kotoran.
5. Setelah warna karpet sudah kembali ke asal, bilas dengan air bersih bagi menghilangkan kesan sabun dan mana-mana kotoran yang tertinggal. Jemur karpet di kawasan kering dan panas atau cdi bawah ahaya matahari langsung.
6. Akhir sekali, vakum untuk membersihkan gentian karpet.
Cara Menghilangkan Kesan Muntah Di Pelapik Sofa
Anda boleh menggunakan campuran dan teknik pembersihan yang sama untuk karpet. Walau bagaimanapun, pastikan kain terlalu basah kain pelapik lebih mudah dan cepat menyerap kelembapan. Selain itu, air yang berlebihan akan menyebabkan masalah pada kusyen.
Sementara untuk sofa dengan pelapik sutera atau vintaj, anda perlu medapatkan servis atau perkhidmatan pembersih pelapik profesional. Selamat mencuba!