Carian
TikTok for Business – Membantu Meluaskan Perniagaan Kecil di Malaysia
July 10, 2020 Lina Rosli

TikTok for Business – Membantu Meluaskan Perniagaan Kecil di Malaysia

TikTok merupakan aplikasi video pendek yang membawakan pengisian dan informasi dalam bentuk mudah dan kreatif. Terbaru, TikTok hadir dengan satu ciri baru yang dinamakan TikTok For Business. Ciri ini disediakan bagi memperkasakan perniagaan kecil dan pertengahan di Malaysia dalam mengembangkan jenama mereka menerusi TikTok For Business.

Seperti yang ramai sedia maklum, aplikasi TikTok kini merupakan salah satu kaedah pemasaran yang sangat popular dalam kalangan individu si seluruh dunia. Dengan adanya TikTok Fo Business, ia dapat membantu pengiklanan yang lebih mendalam menerusi pelbagai program yang disediakan temasuk program kredit iklan Back-to-Business, yang menawarkan kredit iklan sebanyak $100 juta untuk perniagaan kecil di seluruh dunia dalam membantu membina semula perjalanan mereka.

Menerusi penerbitan video pendek TikTok, ia memudahkan para perniaga untuk berinteraksi dalam memenuhi kehendak pasaran dengan menggunakan kaedah yang lebih santai dan mudah. 

TikTok for Business Ads Manager

Syarikat ini membawakan TikTok for Business Ads Manager dalam membantu dan memberi peluang kepada para peniaga untuk mendapatkan target pasaran dan pelanggan ideal dengan lebih mudah. Ia membawakan sejumlah ciri menarik yang merangkumi:

Alat kreatif (Creative Tools): TikTok mempunyai rangkaian alat kreatif yang membolehkan individu untuk menyerlahkan kreativiti dalam memasarkan produk. Dengan ini, setiap orang berpeluang untuk menceritakan kisah mereka dengan bantuan TikTok AdStudio untuk meluaskan perniagaan.

Anggaran bajet yang fleksibel (Flexible Budget): TikTok Ads Manager juga membolehkan perniagaan menyesuaikan perbelanjaan mereka pada bila-bila masa.

Sasaran prestasi (Performance targeting): Kaedah sasaran secara pintar membolehkan perniagaan mendapatkan segmen pasaran baru yang bersesuaian.

Akaun perniagaan (Business Account): TikTok juga memperkenalkan akaun perniagaan yang akan menyediakan alat tambahan yang disesuaikan dengan keperluan perniagaan untuk menganalisa prestasi dan keterlibatan dengan pasaran.

________________________________________________________________________

Bagi yang berminat, anda boleh mula mencuba TikTok Back-to-Business, lebih-lebih lagi untuk perniagaan kecil atau SME boleh memohon kredit di laman web rasmi TikTok bermula hari ini.

Untuk informasi lanjut, kunjungi laman web TikTok dan muat-turun aplikasi TikTok di App Store dan Google Play Store.

Komen