Lina Rosli Diterbitkan 13 July 2020

Adakah Selamat Memasang Lilin Sewaktu Tidur?

Adakah Selamat Memasang Lilin Sewaktu Tidur?

Lilin aromaterapi boleh dikatakan sangat popular dan telah menjadi satu trend di kebanyakan rumah di Malaysia. Hal ini kerana, ia memberikan satu perasaan selesa, segar dan tenang sewaktu berada di rumah. 

Selain aroma dan haruman yang menenangkan, ia juga penting dalam menjadikan kediaman anda kelihatan aesthetics dan minamalis. Sebilangan lilin yang berkelip-kelip di seluruh kediaman anda memberikan kesan visual yang menenangkan. Secara tidak langsung, lilin bukan hanya bertindak sebagai penyebar bau bahkan ia turut boleh dijadikan hiasan dalaman yang menjadikan rumah kelihatan menarik.

Namun, tahukah anda bahawa lilin tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan semasa membakar dan dibiarkan bernyala sewaktu anda sedang tidur? Hal ini kerana struktur lilin boleh menjadi tidak seimbang dan tidak selamat jika dibiarkan. Bukan itu sahaja, sedikit angin terkena barangan mudah terbakar yang berdekatan dengan api boleh menyebabkan kebakaran.

Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi tiga risiko utama jika anda tidur dengan keadaan lilin bernyala.

  1. Potensi untuk menyedut atau menghirup volatil berbahaya yang dilepaskan ke udara sewaktu lilin dibakar. 
  2. Kesukaran untuk bernafas disebabkan penggunaan oksigen yang untuk pembakaran.
  3. Kebakaran.

Pembebasan Volatil Berbahaya Ke Udara

Pertama, wax yang digunakan untuk membuat lilin dilihat hadir dengan bahan yang mudah meruap, karsinogen dan bahan toksik yang lain. Parafin, misalnya, adalah bahan kimia yang harus dielakkan sama ada anda sedang tidur atau tidak. Semakin kecil ruang atau semakin kurang ruang pengudaraan, semakin tinggi kepekatan bahan toksik di udara dan semakin sukar untuk anda bernafas.

Oksigen Yang Digunakan Untuk Pembakaran

Kedua, satu nyalaan api lilin kecil cukup untuk menggunakan semua oksigen untuk menghindarkan anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi di dalam bilik. Oleh itu, anda harus memastikan anda mempunyai ruang ventilasi atau berada di bilik yang cukup besar selain mempunyai oksigen yang cukup sepanjang malam semasa melakukan pembakaran lilin.

Kebakaran

Sekiranya bilik anda penuh dengan langsir yang panjang, kertas-kertas lama, debu dan botol semburan rambut, anda dinasihatkan untuk tidak menyalakan lilin di bilik anda. Hal ini kerana, ia akan mencetuskan kebakaran jika ia tidak dikawal dengan betul.

two white tealight candles

Berapa Lama Anda Boleh Membiarkan Lilin Dinyalakan?

Lilin tidak boleh dibakar lebih dari 4 jam. Selepas 4 jam sumbu mengumpul karbon akan menjadi tidak stabil dan lilin akan mula berasap kerana nyalaannya terlalu besar.

Apakah Kaedah Paling Selamat untuk Memadamkan Lilin?

Amalan terbaik jangan biarkan lilin anda padam sendiri. Selain itu, elakkan daripada menghembuskan udara atau nafas pada lilin panas kerana ia akan merebakkan wax pada bahagian rumah yang mudah terbakar. 

Cara paling selamat adalah dengan menggunakan candle snuffer untuk memadamkan api. Sekiranya lilin tidak diletakkan di dalam bekas lilin khas, padamkan api apabila tinggal kira-kira 2 inci lilin. 

Jika lilin dipasang di dalam tempat khas, anda boleh memadamkan api jika tinggal sekurang-kurangnya separuh bekas/batang lilin.