Seperti yang anda ketahui, terdapat jenis bunga-bungaan dan tumbuhan yang akan mengakibatkan alahan pada sesetengah individu. Jadi, bagi mengelakkan hal ini daripada berlaku anda perlu mengetahui jenis atau senarai bunga-bungaan yang perlu dielakkan jika anda mempunyai alahan.

white and red flowers on wicker bag

Tumbuhan Yang Mempunyai Debunga

Kebanyakkan tumbuhan yang mempunyai pollen atau debunga biasanya akan menyebabkan reaksi alahan kepada sesetengah individu. 

Simptom alahan yang boleh dilihat termasuk mata gatal, hidung berair dan kerengsaan pada kulit di seluruh badan. Berikut adalah senarai bunga dan tumbuhan yang harus dielakkan jika anda mempunyai alahan.

Bunga atau herba

  • Amaranth
  • Chamomile
  • Bunga Krisantamum
  • Bunga Daisi
  • Bunga Matahari
white daisy flowers during daytime
Bunga Daisi

Pokok renek atau pokok anggur

  • Cypress
  • Anggur Melati
  • Juniper
  • Wisteria
green trees during daytime
Wisteria

Pokok-pokok

  • Alder
  • Ash
  • Aspen
  • Birch
  • Cedar
  • Oak
  • Pokok zaitun
  • Pokok kelapa sawit
  • Pokok pinang
orange leafed trees
Birch

Rumput

  • Johnsongrass.
  • Rumput Bermuda
  • Rumput Dusun
  • Rumput Sweet Vernal
shallow focus photo of plants
Rumput Sweet Vernal

Bunga-Bungaan Yang Mungkin Tidak Mencetuskan Alahan

Harus diingatkan, bukan semua pokok atau bunga boleh menyebabkan kegatalan dan alahan. Terdapat beberapa jenis bunga yang tidak mempunyai debunga yang mungkin digunakan sebagai hiasan di kawasan luar dan dalam rumah.

Bunga

  • Kaktus
  • Chenille
  • Lily
  • Periwinkle
  • etunia
  • Ros atau Mawar
  • Tulip

Pokok renek

  • Azalea
  • Bunga raya
  • Hidrangea

Pokok

  • Epal
  • Ceri
  • Paku pakis
  • Pokok getah
  • Magnolia
  • Plum

Rumput

  • St. Augustine
All About St. Augustine Sod | Sod University | Sod Solutions
Rumput St. Augustine

________________________________________________________________________

Walau bagaimanapun, alahan dan tahap alergi adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Pastikan anda mendapat khidmat nasihat daripada pakar atau doktor berkaitan dengan alahan anda sebelum membeli atau mendapatkan sesuatu bunga dan tumbuhan.

Sumber: WebMD

Lihat profil
Lina Rosli

480 artikel di Tajria.