Carian
FOREO Memperkenalkan Kaedah Mudah Mencegah Maskne – Jerawat Akibat Pelitup Muka
July 21, 2020 Lina Rosli

FOREO Memperkenalkan Kaedah Mudah Mencegah Maskne – Jerawat Akibat Pelitup Muka

Tahukah anda bahawa pemilihan pelitup muka atau face mask yang bersesuaian amat penting dalam membantu mencegah jerawat. Maskne atau mask acne adalah kesan sampingan yang akan dialami setelah memakai pelitup muka seharian. Antara kesan sampingan yang mungkin anda alami adalah seperti bintik hitam, ruam, dan masalah kulit yang lain termasuk eczema. 

Ada satu kajian kecil di China menunjukkan bahawa pekerja kesihatan barisan hadapan sangat rentan terhadap masalah kulit yang berkaitan dengan pemakaian topeng. Hal ini kerana, pemakaian pelitup muka sepanjang hari akan menimbulkan rasa panas dan lembap. Kemudiannya, apabila terdedah dengan bakteria yang dihirup di udara menerusi pelitup muka akan menyebabkan liang dan jerawat tersumbat

Jenama teknologi kecantikan Sweden, FOREO, menawarkan penyelesaian kecantikan dan kesejahteraan yang baru menerusi berus pembersih wajah di dalam siri LUNA dan ISSA. Pembersih wajah ini bukan sahaja dapat mencegah jerawat, tetapi ia juga dapat membantu membersihkan liang dan membuang kulit mati.

Mencegah Penumpukan Minyak Dan Bakteria Yang Berlebihan

Seperti yang anda ketahui, walaupun anda memakai pelitup muka sepanjang hari, kulit anda masih lagi terdedah dengan bakteria, bahan pencemar dan kotoran. Oleh itu, langkah pertama yang paling penting dalam setiap rutin penjagaan kulit yang berkesan adalah membersihkan wajah anda menggunakan alat pembersih wajah yang bersesuaian. FOREO hadir dengan alat pembersih wajah dalam pelbagai saiz dan fungsi untuk penjagaan kulit yang terbaik. Antaranya LUNA 3 (RM920), berupaya menghilangkan sehingga 99.5% kotoran dan minyak, mencegah penumpukan bakteria selain menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.

Dengan rutin pembersihan yang betul, sebum dan sel-sel kulit mati yang menumpuk dapat dibersihkan selain menghalang pori daripada tersumbat. Bukan itu sahaja, LUNA 3 juga membantu menghaluskan dan mencerahkan keseluruhan kulit serta memberikan kilauan tambahan.

Melindungi Kelembapan Kulit

Selepas selesai membersihkan kulit, ia sangat penting untuk anda memastikan tahap kelembapan kulit adalah normal untuk melindungi kulit. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak melupakan serum dan pelembap dalam rutin harian anda. Serum adalah satu proses rawatan yang melindungi kulit anda dan membantu pertumbuhan semula sel.

Formula FOREO ‘Serum Serum Serum’ Micro-Capsule (RM289) membawakan penembusan maksimum antioksidan dengan bahan utama seperti asid hyaluronik dan natrium hyaluronat yang memberikan penghidratan yang optimum untuk kulit.

Meringankan Dan Menegangkan Kulit

Dengan ramuan utama seperti Asid Hyaluronik dan Alga Merah, FOREO Make My Day UFO (RM47, pek 7) membantu menyerap kelembapan dengan serta-merta selain turut melindungi kulit daripada radikal bebas yang berbahaya sekaligus menjadikan kulit kelihatan berseri dan sihat.

FOREO’s Green Tea UFO Purifying Mask (RM85, pek 6) juga sesuai untuk melegakan kerengsaan kulit akibat tekanan persekitaran. Teh Hijau Jepun kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi dan meremajakan penampilan kulit. Sifat penenang kulit tambahannya menyucikan dan menganjalkan kulit, menjadikannya segar dan kelihatan sihat. Tambahan pula, Ulmus Davidiana Root Extract membantu melembapkan kulit. Apabila digunakan, gula yang mengikat air menawarkan kesan pelembapan yang kuat, memulihkan tahap penghidratan yang optimum.

_______________________________________________________________________

Dengan ini dapat disimpulkan yang mana, penjagaan kulit sebelum, semasa dan selepas pemakaian pelitup muka adalah penting dalam memastikan kulit anda sentiasa berada dalam keadaan baik. Ia bukan sahaja mengurangkan kesan jangka masa panjang, malah ia juga memberikan penampilan kulit yang lebih berseri sepanjang hari. Selamat mecuba!

Komen