5 Aplikasi Suntingan Percuma – Penyuntingan Seakan Profesional

Bidang fotografi adalah satu perkara yang sangat diminati oleh semua lapisan generasi, tidak kira tua dan muda. Bidang ini juga boleh dikatakan sangat meluas yang boleh dijadikan sebagai salah satu bidang professional ataupun dijadikan sebagai sebuah hobi.

Walau bagaimanapun, tidak lengkap fotografi jika hanya terhenti selepas mengambil gambar sahaja. Untuk menjadikan gambar anda lebih menarik dan sesuai untuk tatapan umum, sedikit suntingan pasti akan menghasilkan impak gambar yang lebih baik dan seakan profesional.

Dalam arena teknologi aplikasi sendiri, terdapat pelbagai alat suntingan yang boleh anda gunakan secara percuma. Dengan menggunakan aplikasi suntingan ini, ia bukan sahaja menyerlahkan gambar anda, malah ia juga sedikit sebanyak membantu anda mengasah bakat anda untuk menjadi lebih professional bidnag fotografi.

Adobe Lightroom

Antara aplikasi yang anda perlu gunakan adalah Adobe Lightroom. Lightroom adalah salah satu aplikasi yang popular dalam kalangan millennial. Ia hadir dalam dua versi iaitu Lightroom CC dan Lightroom Classic CC.

Untuk versi Classic, ia hadir dengan pengurusan dan penyuntingan gambar digital di kalangan profesional, namun masih membawakan rekaan antaramuka yang disederhanakan yang sangat mudah digunakan untuk menyunting gambar.

black tablet computer

Adobe Lightroom CC adalah aplikasi penyunting gambar dengan ciri lengkap, lengkap dengan sokongan gambar RAW, pratetap (presets), penyesuaian pendedahan dan banyak lagi. Jika anda ingin menggunakan ciri premium, anda perlu mendaftar Adobe Creative Photography Cloud, yang berharga RM47.07 sebulan dan juga memberi anda akses ke Photoshop dan Lightroom Classic di desktop.

Dan sementara Lightroom CC pula boleh digunakan melalui peranti mudah alih dan boleh diakses pada bila-bila masa secara percuma.

Bagi yang berminat, aplikasi ini tersedia pada kedua-dua Android dan iOS. 

Muat-turun di App Store: Adobe Lightroom Photo Editor

Muat-turun di Play Store: Adobe Lightroom Photo Editor & Pro Camera

VSCO

VSCO atau juga disebut sebagai viz-co adalah aplikasi penyuntingan gambar yang direka dengan idea untuk menjadikan gambar telefon pintar anda seakan gambar professional dengan penuras yang kelihatan seperti di dalam filem. VSCO menampilkan pelbagai tetapan penuras (filters) secara percuma, namun jika anda ingin gambar anda lebih menarik, anda juga boleh mendapatkan pratetap (presets) yang masing-masing mempunyai estetika tersendiri untuk jenis gambar tertentu.

person holding silver iPhone 7 near wooden pot holder

Bukan itu sahaka, VSCO juga menampilkan komuniti terbina yang mengumpulkan kumpulan artis dan jurugambar profesional dan amatur untuk berkongsi karya mereka dalam persekitaran yang lebih tertumpu daripada Instagram.

Dengan alatan (tools)  kelas profesional dan kawalan kamera canggih, VSCO adalah aplikasi yang sesuai untuk individu daripada kalangan pemula dan profesional. Aplikasi ini boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android.

Muat-turun di App Store: VSCO

Muat-turun di Play Store: VSCO

Snapseed

Snapseed pula adalah aplikasi penyuntingan gambar yang disediakan oleh Google. Ia mempunyai sejumlah besar pilihan penyuntingan yang perlu disesuaikan dengan keadaan gambar.

Untuk menggunakannya, anda boleh mengawal dan menyunting gabar dengan mengubah sketsa, kabur, suhu dan atribut lain pada gambar. Anda juga boleh menambahkan kesan penuras seperti butiran, penampilan filem gaya 1960-an, atau penapis Retrolux yang unik. Anda bahkan boleh menumpuk kesan, serupa dengan lapisan Photoshop, memudahkan menghasilkan hasil yang baru setiap kali anda mengedit foto.

white sony xperia smartphone displaying google search

Antara penawaran suntingan yang lebih mendalam, Snapseed turut hadir dengan fungsi perspektif, lekuk, dan penyesuaian tempatan untuk pengguna yang tidak mahu memuat turun banyak aplikasi untuk suntingan gambar.

Muat-turun di App Store: Snapseed

Muat-turun di Play Store: Snapseed

PicsArt

PicsArt baru-baru ini telah kembali meningkat naik sejak beberapa bulan kebelakang ini. Ia mempunyai pelbagai jenis alat penyuntingan yang tersedia seperti paparan dan kontras, hingga penilaian warna sinematik dan penapis dramatik yang mengubah gambar anda menjadi karya seni seperti lukisan.

Terdapat banyak pilihan penuras untuk warna dan juga fungsi untuk menyunting bentuk wajah anda untuk gambar swafoto. PicsArt turut membawakan elemen perkongsian sosial gaya Instagram. Ia juga adalah aplikasi penyuntingan gambar yang mempunyai kamera, penyuntingan video, kolaj, clipart, dan banyak lagi. 

Bagi yang berminat, aplikasi ini boleh dimuat-turun secara percuma untu versi percuma dan versi Premium pada harga RM205.05 setahun.

Muat-turun di App Store: PicsArt Photo & Video Editor

Muat-turun di Play Store: PicsArt Photo Editor

Prisma Photo Editor

Prisma App adalah salah satu aplikasi penyuntingan terbaik untuk telefon pintar dengan menu dan ciri yang mudah digunakan. Aplikasi ini percuma untuk sesiapa sahaja yang ingin tampil kreatif dengan penyuntingan fotografi untuk peranti mudah-alih.

Berikut adalah beberapa petua mudah mengenai cara menggunakan Prisma Photo Editor untuk menjadikan gambar anda kelihatan seakan karya seni yang menakjubkan.

Aplikasi ini mampu mengubah foto anda menjadi penampilan artistik. Pilih gaya kegemaran anda dengan pantas dengan menambahkan penuras yang bersesuaian. Prisma juga mempunyai koleksi gaya artistik terbesar berbanding aplikasi lain yang mana mereka menambah penuras baru setiap hari.

Muat-turun di App Store: Prisma Photo Editor

Muat-turun di Play Store: Prisma Photo Editor

________________________________________________________________________

Terdapat pelbagai pilihan aplikasi suntingan yang boleh anda cuba di App Store dan juga Play Store. Anda boleh mencubanya pada koleksi gambar yang anda miliki untuk mengasah kreativiti dan menyerlahkan gambar anda untuk kelihatan seakan gambar professional.