Carian
Ini Adalah 5 Kebaikan Beri Biru Untuk Kulit
July 27, 2020 Lina Rosli

Ini Adalah 5 Kebaikan Beri Biru Untuk Kulit

Blueberry atau beri biru adalah salah satu makanan super (superfood) yang kaya dengan antioksidan dan fitoflavinoid. Bukan itu sahaja, beri ini juga hadir dengan sumber kalium dan vitamin C yang tinggi.

Oleh yang demikian, beri biru ini sering dijadikan sebagai pilihan utama para doktor dan pakar pemakanan kerana khasiatnya yang banyak dan juga kehebatannya dalam mengurangkan risiko penyakit jantung, barah selain bersifat anti-radang.

Selain badan, beri biru juga baik untuk kulit.

Beri biru kaya akan antioksidan, yang merupakan sebatian semula jadi yang membantu melawan radikal bebas yang merosakkan sel. Secara khususnya, beri biru mengandungi sebatian tumbuhan yang terkenal sebagai antosianin. Salah satu fungsi antosianin adalah mencegah aterosklerosis iaitu satu penyakit yang disebabkan pembuluh darah tersumbat yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti jantung dan kolestrol. 

blueberries fruit

Melambatkan Proses Penuaan

Seiring bertambahnya usia, keupayaan tubuh anda untuk melawan radikal bebas juga menurun. Ini membawa kepada tahap radikal bebas yang lebih tinggi, yang boleh merosakkan sel.

Pendedahan sinar ultraviolet (UV) dari sinar matahari atau asap rokok dan pencemaran akan meningkatkan pengeluaran radikal bebas pada kulit. Apabila terdapat lebih banyak radikal bebas daripada antioksidan, sel-sel kulit mulai melemah dan menunjukkan tanda-tanda penuaan.

Dengan adanya diet yang tinggi antioksidan, seperti yang memakan beri biru, kualiti kulit akan menjadi lebih baik kerana kemampuan mereka untuk membersihkan radikal bebas pada kulit dan mengurangkan kerengsaan.

Meningkatkan Kuantiti Kolagen

Seperti yang telah dibincangkan di atas, beri biru mempunyai kuantiti antosianin yang tinggi. Hasilnya, ia mungkin menyokong sintesis kolagen.

Dalam beberapa kajian sampel kulit, penggunaan antosianin dari buah beri biru ke kulit mengurangkan pemecahan kolagen dan peningkatan pengeluaran kolagen secara keseluruhan. 

Walaupun sebilangan buah lain mempunyai kandungan vitamin C yang lebih tinggi, beri biru ini boleh dikatakan lebih fleksibel yang mana ia boleh disediakan dalam hidangan masakan biasa selain mudah dalam memenuhi keperluan harian anda.

Menyembuhkan Luka Pada Kulit

Jika anda mempunyai luka kecil atau apa-apa jenis kecelakaan pada kulit, beri biru juga boleh bertindak sebagai penyembuh. Ia disebabkan oleh kandungan antioksidan yang tinggi dari beri biru dapat membantu melawan radikal bebas dan berpotensi membantu mempercepat proses penyembuhan luka.

Walau bagaimanapun, jangan sekali-kali menggunakan beri biru atau makanan lain secara langsung pada luka terbuka atau luka melepuh. Hal ini kerana, ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria.

Mengurangkan Jerawat Dan Membersihkan Pori

Jerawat adalah keradangan kulit yang biasa disebabkan oleh pori-pori yang tersumbat, yang menyebabkan perubahan warna kulit atau menjadi kemerahan, bengkak, dan lebam. 

Semestinya manis dan sumber serat yang baik yang ada pada beri biru dikaitkan dengan melawan keradangan yang berkaitan dengan jerawat. Sebagai alternatif, diet glisemik tinggi dikaitkan dengan kadar jerawat yang lebih tinggi

Membantu Mengatasi Psoriasis Dan Ekzema

Psoriasis dan ekzema adalah keadaan keradangan pada kulit yang muncul sebagai tompok-tompok merah yang gatal.

Penambahan beri biru dalam diet harian sedikit sebanyak membendung pengeluaran dan timbulnya psoriasis dan ekzema akibat tekanan oksidatif yang tinggi. Walau bagaimanapun, kajian ini masih lagi sedikit dan tidak banyak bukti yang dapat menyokong fungsi beri biru dalam membendung penyakit kulit.

________________________________________________________________________

Blueberry biasanya boleh didapatkan di kebanyakan kedai runcit baik segar dan beku. Bagi anda yang tidak mengetahui kegunaan beri biru di dalam hidangan, berikut adalah beberapa cara mudah yang boleh anda cuba:

  • Masukkannya di atas salad.
  • Campurkan dengan yogurt.
  • Buat jem blueberry.
  • Tambahnya ke dalam smoothie.
  • Sediakan bersama waffle atau pancake.
  • Buat muffin beri biru.

Selain hidangan di atas, anda juga boleh menyediakan sos beri biru atau saus salad dan cubalah bereksperimen dengan beri biru di samping mengikut citarasa anda.

 

 

Komen