Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Cucian Muka 60 Saat?
Jika kita lihat terdapat pelbagai teknik cucian yang digunakan bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Antara teknik yang popular dalam kalangan wanita adalah teknik 60 saat.
Tidak dinafikan, pemilihan produk pembersih muka adalah penting kerana dia adalah produk utama untuk muka. Namun, selain produk, waktu juga memainkan peranan penting dalam proses penjagaan kulit.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk mencuci muka, dan adakah jumlah masa itu sangat penting?
Di Twitter, Nayamka Roberts Smith – LE iaitu seorang beautylogist menjelaskan alasan mengenai kepentingan dalam membersihkan wajah selama 60 saat. Menurutnya, membersihkan muka selama 60 saat membenarkan bahan dalam produk untuk menjadi aktif dalam muka.
Cleansing your face (with your fingers) for 60 seconds allows the ingredients in the cleanser to actually work. Most ppl wash their face for like 15 seconds max. It softens the skin & dissolves sebum blockages better. Texture & overall evenness improves. #60SecondRule
Jadi, apakah yang dimaksudkan cucian muka 60 saat? Ia merupakan teknik atau kaedah membersihkan wajah menggunakan jari selama 60 saat. Hal ini bagi membolehkan bahan dalam produk atau pencuci muka untuk berfungsi.
Namun, menurut pakar dermatologi terdapat sebilangan besar orang mencuci muka pada kadar maksima 15 saat. Jadi, apabila menukar gaya pembersihan wajah selama 60 saat akan membantu melembutkan kulit dan menjadikan tekstur dan keseimbangan keseluruhan kulit bertambah baik.
Bagaimana Untuk Memastikan Masa Pembersihan Dapat Dipatuhi?
Untuk memastikan waktu 60 saat dapat dipatuhi, anda boleh menetapkan timer di telefon pintar sebelum memulakan cucian.
Menerusinya, teknik ini memberikan waktu untuk face cleanser atau pembersih muka agar dapat mencuci dan membersihkan wajah dengan lebih baik. Dengan ini juga, kesan solekan, kotoran, dan minyak yang jauh tersumbat dalam kulit dapat dihilangkan dengan lebih baik.
Bukan itu sahaja, teknik ini juga membuatkan anda untuk memberikan perhatian lebih pada kulit, seperti membersihkan sudut dalam hidung, bagian bawah dagu, atau sekitar rambut yang mana kawasan ini adalah antara bahagian muka yang sering ditinggalkan dalam proses pembersihan wajah. Malah, gerakan picitan selama 60 saat turut membantu menstimulasi peredaran darah supaya menjadi lancar.