Lina Rosli Diterbitkan 30 July 2020

Cubalah 5 Petua Ini untuk Menghilangkan Bau Dalam Kereta

Cubalah 5 Petua Ini untuk Menghilangkan Bau Dalam Kereta

Pernahkah anda masuk ke kereta dan merasakan terdapat bau yang tidak menyenangkan sewaktu berada di dalamnya. Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan bau busuk. Hal ini mungkin disebabkan kereta anda berbau gas, bau hapak dari tempat duduk kereta dan juga bau dari enjin seperti dari penghawa dingin dan lain-lain. 

Berikut adalah lima cara bagi memastikan bau kereta anda kekal segar dan nyaman.

Arang

Arang merupakan penyerap toksin semula jadi yang boleh digunakan sebagai penapis udara anda. Anda boleh mengurangkan bau hapak di dalam kereta dengan meninggalkan beg briket arang yang terbuka di dalam kereta anda semalaman. Arang aktif ini akan menyerap apa sahaja bau yang melayang di udara.

Serbuk penaik

Serbuk penaik ini boleh menghilangkan bau busuk serta membantu membersihkan noda. Anda boleh menaburkan baking soda (serbuk penaik) secara bebas dan biarkan kering sekurang-kurangnya sekitar 4 hingga 5 jam.

Cuka

Cecair keras ini sangat sesuai untuk melawan bau yang terlalu kuat. Anda boleh meletakkannya di dalam cawan kecil atau mangkuk di dalam kereta anda semalaman. Proses penyejatan akan mengehadkan bau lain di dalam kereta. Anda juga boleh mencuba menyembur dan menggosok kawasan yang berbau busuk dengan campuran cuka dan air dan kain basah. Pastikan anda tidak mencurahkan cuka tulen di mana sahaja di dalam kereta anda kerana ia akan merosakkan tempat duduk dan karpet kereta.

Pembersih Karpet

Gunakan pembersih karpet seperti yang anda dapati di kedai alat ganti kenderaan atau mana-mana pasaraya. Terdapat banyak jenis, jadi pastikan anda menggunakan jenis yang paling sesuai dengan bau kenderaan anda dan juga mengikuti arahan penggunaan.

Penyegar Udara

Penyegar udara atau pewangi yang menambahkan bau tertentu pada kereta anda adalah pilihan terakhir dalam senarai menghilangkan bau busuk di dalam kereta. Jangan sekali-kali menambah bau lain hanya untuk menutup bau busuk. Anda boleh menggunakan salah satu dari ini setelah bau busuk telah hilang.

________________________________________________________________________

Sekiranya anda benar-benar tidak dapat menghilangkan bau, dapatkan khidmat daripada profesional pembersih kereta. Hal ini kerana sesetengah bau mungkin tidak dapat dihilangkan daripada bahagian luar sahaja.