Sebilangan besar pakaian akan mengalami regangan dan kecutan selepas dibasuh walaupun anda telah mengikut tips dan kaedah basuhan yang betul. Hal ini disebabkan oleh jenis bahan, tenunan dan teknik pembuatan yang memberikan kesan selepas memakai dan mencuci.

Jadi, apakah sebab pakaian boleh meregang dan mengecut? Setiap jenis serat pakaian bertindak balas secara berbeza. Serat semula jadi seperti bulu, kapas, buluh mempunyai lebih banyak regangan berbanding kebanyakan bahan buatan manusia seperti poliester, akrilik, nilon. Bukan itu sahaja, pakaian menjadi meregang dan mengecut apabila terkena air panas atau berlaku pergolakan yang kuat pada pakaian.

Bagaimana Untuk Mencegah Pengecutan Dan Peregangan?

1. Baca label sebelum anda membeli pakaian. Untuk serat semula jadi, cari perkataan "preshrunk". Sebilangan pengeluar pakaian, terutama jenama murah, akan menggunakan bahan serat yang mudah kembang bagi menjimatkan kos pengeluaran.

2. Baca label untuk mengetahui cara menjaga pakaian. Ikuti garis panduan yang diperlukan sebelum memulakan cucian bagi mengetahui jenis cucian, suhu air, jenis kitaran cucian, dan cadangan kitaran pengering.

3. Kitaran mesin yang lembut. Menggunakan tetapan lembut pada mesin basuh boleh mengurangkan kerosakkan pada pakaian. Hal ini kerana, kitaran mesin basuh yang mempunyai pergolakan yang lebih lama dan putaran yang lebih tinggi akan lebih cepat merosakkan pakaian.

4. Gunakan tetapan panas yang lebih rendah. Selain kitaran yang lembut, tetapan yang lebih rendah untuk pengeringan adalah digalakkan. 

________________________________________________________________________

Terdapat pelbagai kaedah yang boelh dilakukan untuk mengurangkan kecutan dan regangan apabila mengendalikan pakaian anda. Antaranya termasuk penggunaan teknik cucian yang betul. Walaupun begitu, hal ini tetap tidak boleh dielakkan dan sudah menjadi satu kebiasaan yang berlaku pada kebanyakan pakaian untuk meregang dan mengecut akibat daripada kesan penggunaan pada tempoh yang lama.

Lihat profil
Lina Rosli

663 artikel di Tajria.