Carian
Cara Menyediakan Nasi Arab Mandy Menggunakan Periuk Noxxa
August 2, 2020 Lina Rosli

Cara Menyediakan Nasi Arab Mandy Menggunakan Periuk Noxxa

Bagi anda yang ingin mencuba masakan yang lebih menarik pada hujung minggu ini, Tajria mencadangkan anda untuk menyediakan Nasi Arab Ayam untuk dihidangkan kepada seisi keluarga.

Untuk resepi kali ini, kami akan berkongsi resepi Nasi Arab menggunakan periuk Noxxa yang mana hanya mengambil masa sekitar satu hingga dua jam untuk tempoh penyediaan secara keseluruhan.

Bahan bahan:

Air Rebusan Ayam (direbus sekitar 15-20 minit):

  • 1 ekor ayam dipotong empat
  • 3 cm halia
  • 4-5 ulas bawang putih

Bahan Perapan Ayam Saudi:

  • Bawang putih
  • Halia
  • Rempah Mandy

Bahan Untuk Nasi Arab:

  • 4 cawan beras basmathi
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu rempah Mandy
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji limau nipis kering
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 1/2 inci halia (dikisar)
  • Garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan

Bahan Rempah Mandy:

Kesemua rempah ini disangai terlebih dahulu dan kisar sehingga halus.

  • 15 biji buah pelaga
  • 10 kuntum bunga cengkih
  • 20 biji lada hitam
  • 3 helai daun salam kering
  • 1 sudu besar biji jintan putih
  • 1 sudu besar biji ketumbar

Cara Menyediakan Nasi Mandy:

  1. Tumis kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, limau nipis kering dan daun pandan. Kemudian, masukkan dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Selesai tumis, masukkan rempah nasi arab ke dalam bahan tumisan.
  3. Masukkan beras dan goreng beras hingga sedikit garing.
  4. Apabila sudah goreng, masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa. Tutup periuk dan masak selama tujuh minit. Tetapkan butang HP (High Pressure) pada Noxxa selama 7 minit. Atau jika anda menggunakan periuk noxxa versi baharu, anda boleh menetapkan butang ‘rice’ selama 7 minit.
  5. Bagi anda yang ingin menggunakan rempah yang sudah tersedia di pasaran, anda boleh mendapatkan rempah Nasi Mandy jenama Al-Bayt atau menggunakan rempah jenama Chef Ammar.
Image
Facebook Al-Bayt
Rempah Chef Ammar

Cara Menyediakan Ayam Saudi:

  1. Tumbuk sehingga lumat bawang putih dan halia untuk bahan perapan.
  2. Ambil ayam yang telah direbus dan lumurkan bahan perapan yang telah ditumbuk dan gaul rata.
  3. Kemudian, letakkan rempah mandy dan gaul sekali lagi hingga sekata. Perap dan bakar ayam tersebut menggunakan aluminium foil dan masak sehingga ayam kelihatan keperangan. Selamat mencuba!
Komen