Pernahkah anda terdengar akan terma caffeine headache atau sakit kepala akibat kafein? Jika pernah, tahukah anda apa itu caffeine headache?
Menurut kajian, sakit kepala ini adalah disebabkan oleh pemutusan atau penarikan kafein dalam tabiat seharian. Sakit kepala ini biasanya terasa di belakang mata dan kesannya mungkin ringan atau mungkin juga teruk.
Kafein adalah perangsang alami yang terdapat dalam kopi, teh dan coklat, dan ia juga terdapat dalam segelintir minuman berkarbonat seperti di dalam soda dan cola. Oleh itu, Tajria akan berkongsi kepada anda mengenai bagaimana sakit kepala ini terhasil dan bagaimana kafein boleh menjadi penyebab atau penawar sakit kepala.
Sakit Kepala Disebabkan Kafein
Walaupun terlalu banyak sebab lain yang boleh menyebabkan sakit kepala, namun penyebab caffeine headache yang paling umum adalah penarikan kafein (caffeine withdrawal).
Caffeine withdrawal berlaku apabila anda mengalami ketagihan kafein dan kemudiannya anda mengurangkan atau menghilangkan secara tiba-tiba. Ketagihan kafein tidak semestinya hasil daripada caffeine withdrawal jangka panjang atau tahap tinggi. Ia juga boleh berkembang hanya dalam beberapa hari minum latte atau minuman lain dengan kafein. Walau bagaimanapun, kebanyakan sakit kepala caffeine withdrawal adalah hasil daripada pengambilan yang melebihi dari 200 miligram kafein setiap hari atau selama lebih dua minggu sebelum mengurangkan atau menghilangkan kafein dalam diet.
Apabila badan anda sudah terbiasa dengan tahap kafein tertentu, anda mungkin menyedari bahawa anda mengalami keletihan atau lesu serta merasakan beberapa kesan sampingan yang lain seperti sakit kepala. Walau bagaimanapun, caffeine headache ini boleh dibalikkan yang mana anda boleh mengambil tahap kafein biasa untuk menyingkirkannya.
Bagaimana Kafein Boleh Menjadi Penawar Penyakit?
Caffeine withdrawal sebagai penawar sakit kepala boleh menjadi masalah bagi orang yang berusaha mengurangkan atau menghilangkan kafein dalam diet mereka jika dikurangkan secara mendadak. Namun, ia juga boleh dijadikan sebagai antara alternatif lain jika anda mengurangkan pengambilan kafein secara beransur-ansur.
Seperti yang anda ketahui, selain kopi, minuman lain seperti teh dan coklat juga mempunyai kafein. Sebilangan besar individu menyatakan bahawa sakit kepala akibat pengambilan kafein berlebihan dapat disembuhkan atau dibantu dengan meminum teh pudina kerana minuman ini bertindak sebagai sedatif yang membantu mengurangkan stress secara tradisional. Kelegaan ini juga boleh dipercepatkan dengan mendapatkan urutan dan minum banyak air.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa dos kecil kafein yang diambil bersama dengan ubat penghilang rasa sakit dapat membantu tubuh menyerap ubat dengan lebih cepat dan menyembuhkan sakit kepala dalam jangka waktu yang lebih pendek. Walau bagaimanapun, tidak ada galakan secara klinikal telah disahkan tentang pengambilan ubat dan kafein secara serentak boleh membantu kelegaan sakit kepala dengan cepat.
________________________________________________________________________
Terdapat kajian yang mendapati bahawa memakan makanan sebelum mengambil kafein dapat memberikan kelegaan dengan mengurangkan kemungkinan overdose kafein atau sakit kepala kerana terlalu banyak pengambilan kafein. Jelas sekali, sakit kepala akibat berlebihan kafein juga dapat dielakkan dengan menghadkan pengambilan kafein anda.
Sumber: Medlineplus , The Journal of Headache And Pain