Love Beauty And Planet – Bungkusan Produk Edisi Laut Bersih Yang Menggunakan Bahan Kitar Semula
Jenama produk kecantikan Love Beauty And Planet kini hadir dengan dua barisan varian penjagaan rambut dan badan terbaru iaitu Marine Moisture dan Deep Detox. Kedua-dua produk ini adalah terinspirasi daripada cinta terhadap alam dan lautan dalam membawakan produk yang dihasilkan dari alam semula jadi dan kaya dengan mineral penting.
Edisi Khas Laut Bersih atau Clean Oceans memberikan makna yang lebih bermanfaat untuk kecantikan dan rejim rawatan diri setiap hari. Love Beauty dan Planet menggunakan 100% bahan kitar semula untuk menghasilkan botol produknya, dengan tujuan untuk mengurangkan sampah di muka bumi ini. Dengan ini, ia mendorong pengguna untuk mengamalkan norma kitar semula dalam mendapatkan barisan produk kecantikan yang sering digunakan dalam rutin penjagaan diri seharian.
Botol Love Beauty dan Planet ini tampil dengan formula yang dibuat dengan bahan semula jadi yang bebas daripada bahan kimia yang merosakkan sekaligus menyediakan rutin penjagaan diri yang berbeza untuk rambut dan badan. Jenama ini juga tidak membawakan parabens atau pewarna selain bahan-bahan yang digunakan juga berasal daripada alam semula jadi.
Menerusi produk Love Beauty and Planet’s Clean Oceans Edition yang baru diperkenalkan ini, jenama ini dilihat memberi tumpuan kepada sisa kitar semula yang berkaitan dengan lautan untuk membentuk asas rutin penjagaan diri rambut dan kulit baru yang menarik.
Rangkaian Deep Detox dari Love Beauty dan Planet hadir dengan ramuan kecantikan utama seperti garam laut semula jadi serta mengandungi mineral dan komponen lautan lain yang diketahui membantu membersihkan, mengimbangkan dan memulihkan kesihatan rambut dan kulit tanpa menghilangkan minyak semula jadi. Garam laut juga dilihat dapat membantu pengelupasan semula jadi yang lembut yang mana tidak membahayakan kulit lebih-lebih lagi untuk individu yang mempunyai kulit yang sensitif.
Manakala untuk variasi Marine Moisture pula, ia mengandungi bahan rawatan kulit dari alga biru-hijau. Bahan ini terkenal dengan kebaikan vitamin dan mineral penting yang bagus untuk kelembapan dan penghidratan. Alga biru-hijau adalah bahan dari lautan yang mempunyai paras antioksidan tinggi selain mempunyai sifat anti-penuaan dan baik untu penyejukan kulit.
Menerusi pengeluaran barisan produk ini juga, Love Beauty And Planet dilihat dapat terus mendorong pengguna untuk terus memainkan peranan mereka dalam menyelamatkan alam sekitar melalui kempen #smallactsoflove. Bagi yang berminat, kedua-dua rangkaian produk ini boleh didapati dalam bentuk syampu, perapi rambut, sabun mandi dan losyen. Ia juga boleh didapati di semua rangkaian Watson di seluruh Malaysia.