OYO Menawarkan Diskaun 50 Peratus Untuk Tempahan Bilik Di Sabah

Bersempena kempen #BahMariLah yang dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Di Sabah, OYO kini hadir dengan tawaran diskaun ke atas kadar bilik di semua hartanah miliknya di Sabah bermula hari ini sehingga 30 September 2020. Langkah ini bagi membantu menyemarakkan semula pelancongan di negeri berkenaan.

Sebelum ini, sektor pelancongan Sabah dilihat telah terjejas teruk akibat sekatan kemasukan pelancong dalam negara dan luar negara. Namun, dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mana perjalanan rentas negeri telah dibenarkan, ia merupakan peluang terbaik untuk menarik semula minat para pelancong dengan menggalakkan lebih ramai pengunjung, terutama sekali dari Semenanjung Malaysia untuk melawat Sabah dan menerokai kemewahan budaya, makanan dan alam semula jadi yang ditawarkan.

Dengan 2,000 bilik yang tersedia di seluruh Sabah, OYO tidak ketinggalan dalam menyokong kempen #BahMariLah dengan menawarkan nilai yang lebih hebat serta pengalaman yang lebih baik kepada semua tetamu kami di sepanjang tempoh mereka berada di Sabah.

Bagi yang berminat, anda boleh menggunakan kod promosi BAHMARILAH50 ketika membuat tempahan bilik OYO di Kota Kinabalu, Keningau, Kunak, Lahad Datu, Ranau, Sandakan, Semporna, Sipitang, Tawau dan Tenom untuk penginapan mulai hari ini hingga 30 September 2020. Ianya sah untuk tempahan yang dibuat melalui laman sesawang OYO atau aplikasi OYO di dalam Android, iOS serta Windows. 

Selain tawaran diskaun, pengguna OYO juga boleh menyertai pertandingan cabutan bertuah Lembaga Pelancongan Sabah yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2020. Pertandingan ini membolehkan sesiapa sahaja yang membeli pakej yang disenaraikan di dalam laman sesawang khusus kempen berkenaan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 20 pakej pelancongan yang ditawarkan. Daftar penyertaan anda di sini selepas membuat tempahan OYO anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi OYO untuk mengetahui tawaran-tawaran yang disediakan oleh OYO.