Essentiale Menggalakkan Masyarakat Untuk Menjaga Kesihatan Hati
Di Malaysia, sekitar 86 kes bagi setiap 100,000 populasi lelaki dan 102 kes bagi setiap 100,000 populasi perempuan menghidapi tiga penyakit utama iaitu jantung, hati dan kanser lain. Jika dilihat, penyakit ini adalah disebabkan pengabaian aktiviti fizikal dan corak pemakanan yang tidak sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kebanyakan individu selalu alpa dengan kebiasaan dan keselesaan sehingga boleh mengakibatkan masalah atau komplikasi pada masa akan datang lebih-lebih lagi kesihatan hati. Perkara-perkara kecil seperti menghadkan waktu di depan komputer, mengurangkan pengambilan makanan ringan yang tidak sihat sudah tentu dapat mengubah segalanya.
Hati kita menjalankan lebih 500 fungsi pada badan dan ia merupakan organ terpenting untuk metabolisme dan pemakanan. Secara lazimnya, gangguan hati iaitu Penyakit Hati Lemak Bukan Alkohol (NALFD) adalah disebabkan oleh pengumpulan lemak di sel hati kerana gaya hidup yang tidak sihat.
Dalam kebanyakan kes, NAFLD tidak simptomatik dan biasanya hanya dapat diketahui melalui ujian darah yang menunjukkan peningkatan enzim hati. Walaupun begitu, subset pesakit mempunyai enzim hati yang normal dan dengan demikian tetap tidak didiagnosis, oleh itu kesedaran untuk diagnosis agak sukar. Lebih-lebih lagi, mereka yang mempunyai komorbiditi metabolik dan kardiovaskular seperti obesiti, kolesterol tinggi dan diabetes akan lebih terdedah kepada risiko NAFLD.
Hati yang berlemak boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti masalah radang (hepatitis) jika penyebabnya tidak segera dirwaatasi. Oleh itu, penjagaan kesihatan hati yang proaktif amat diperlukan.

Essentiale hadir dengan solusi penjagaan dan pemulihan fungsi hati. Ia juga membantu meningkatkan kekuatan dan ketahanan serta membantu dan memperbaiki sel hati dengan pengambilan kapsul dalam rutin harian. Essentiale diperbuat daripada 76% fosfolipid penting yang ditapis dari kacang soya untuk menguatkan membran hepatosit untuk proses metabolik yang lebih baik.
Bagi yang berminat, ia boleh didapati di farmasi dan kedai penjagaan diri pada harga runcit RM75.30.