Lina Rosli Diterbitkan 5 August 2020

Berapa Kerap Anda Perlu Mencuci Rambut?

Berapa Kerap Anda Perlu Mencuci Rambut?

Selepas seharian bekerja atau melakukan aktiviti di luar, pasti anda menginginkan mandian yang menyegarkan badan. Cucian rambut menggunakan air yang sejuk sewaktu mandi sudah tentu akan melegakan kekusutan pada siang hari.

Mungkin anda pernah terdengar yang mana mencuci rambut dengan kerap adalah lebih baik untuk rambut. Namun, ada juga sesetengah pendapat mengatakan rambut akan rosak jika dicuci terlalu kerap.

woman wearing white dress standing in front of mirror

Walau bagaimanapun, penata rambut dari Drybar mengatakan tidak ada satu jawapan untuk seberapa kerap individu perlu mencuci rambut. Anda mungkin tidak perlu melakukannya sekerap yang anda fikirkan. Ia biasanya menjadi pilihan peribadi. Untuk panduan, perhatikan jenis rambut dan pilihan gaya anda.

Kebiasaannya untuk rambut yang normal, anda boleh mencuci rambut tanpa perlu syampu. Mengapa ia sedemikian? Mencuci rambut dengan syampu terlalu kerap boleh menyebabkan rambut kurang rimbun.

Bagaimana Syampu Berfungsi?

Syampu akan memerangkap minyak, jadi jika anda melakukannya terlalu kerap, anda boleh mengeringkan rambut anda dan akan rosak dan kelihatan kusam. Seperti yang anda ketahui, rambut menghasilkan minyak semula jadi yang disebut sebum, dan syampu adalah pengemulsi yang menangkap dan memerangkap lebihan minyak, kotoran dan sisa produk.

Sebilangan besar kotoran adalah baik dan semula jadi dan sudah tentu sebahagian minyak kekal di rambut anda boleh menjadikan ia bersinar dan lebih kuat.

shower gel and shampoo soft-tube bottles on white surface

Apa Yang Mempengaruhi Seberapa Kerap Anda Harus Mencuci Rambut?

Menurut ahli dermatologi Elizabeth Hughes, individu harus mencuci rambut jika anda rasa berminyak dan tidak bersih apabila disentuh. Terdapat beberapa faktor yang dapat meningkatkan keperluan anda untuk mencuci rambut.

1. Minyak

Minyak adalah penyebab terbesar di sebalik rambut yang kita anggap “kotor”. Berapa banyak minyak yang anda hasilkan bergantung pada usia, genetik, seks dan persekitaran anda. Kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih tua tidak menghasilkan sebum sebanyak remaja atau orang dewasa berusia 20-an dan 30-an. Secara purata, individu hanya menghasilkan minyak yang mencukupi untuk dicuci setiap dua hari.

2. Jenis rambut

Rambut lurus dan nipis perlu dicuci lebih kerap daripada rambut kerinting. Rambut lurus mudah dilapisi oleh sebum, yang bermaksud ia kelihatan berminyak lebih cepat. Rambut tebal atau kerinting cenderung untuk menjadi kering kerana minyak tidak melapisi helai dengan mudah. Sebum adalah bahagian penting kerana rambut kerinting memerlukan lebih banyak kelembapan agar tetap lembut dan mencegah keriting.

Pencucian yang berlebihan, terutamanya dengan syampu dengan bahan kimia yang kuat boleh merosakkan rambut dan menyebabkan rambut gugur. Menurut American Academy of Dermatology, orang yang mempunyai rambut ikal atau bertekstur digalakkan mencuci rambutnya tidak lebih dari sekali seminggu.

3. Peluh

Peluh dapat menyebarkan sebum dan menjadikan rambut anda kelihatan berminyak dan terasa kotor. Ia juga boleh menyebabkan rambut anda berbau kurang segar. Pakar mengesyorkan mencuci rambut selepas bersenam dan bila-bila masa anda memakai topi atau tudung untuk jangka masa yang panjang.

4. Produk rambut
Untuk lelaki, produk seperti minyak rambut boleh menyebabkan kerengsaan dan kerosakan pada kulit kepala. Penggunaan produk yang kerap memerlukan anda untuk mencuci rambut lebih kerap.

Siapa Yang Perlu Syampu Setiap Hari?

Kebanyakan pakar telah bersetuju yang mana kekerapan cucian ini bergantung kepada jenis rambut, aktiviti yang dilakukan serta kondisi rambut. Hanya sekumpulan kecil yang perlu mencuci rambut setiap hari, seperti mereka yang mempunyai rambut yang sangat halus, seseorang yang kerap berpeluh atau seseorang yang tinggal di tempat yang sangat lembab.

Kadang-kadang, orang menganggap individu yang mempunyai kulit kepala yang kering akan menghasilkan kelemumur jika dicuci setiap hari. Namun untuk faktor seperti kerap berpeluh, mencuci lebih kerap boleh memberikan manfaat. Selamat mencuba!