Carian
Apakah Kasut Yang Sesuai Untuk Digayakan Bersama Palazzo?
August 5, 2020 Lina Rosli

Apakah Kasut Yang Sesuai Untuk Digayakan Bersama Palazzo?

Secara umumnya, palazzo boleh dikatakan antara yang menjadi kegemaran ramai wanita tidak kira lapisan umur. Ia bukan sahaja memberikan imej yang positif malah ia turut membawakan keselesaan sewaktu memakainya.

women's seven assorted-color footwear on surface

Namun, saya setuju bahawa bukan senang untuk anda menggayakan palazzo dan mencari kasut yang sesuai untuk dipakai dengannya. Walaupun sewaktu memakai palazzo, kasut anda akan tersembunyi di dalam palazzo, namun ia sangat memainkan peranan yang penting lebih-lebih lagi sewaktu berjalan.

Kasut apa yang sesuai digayakan bersama palazzo?

Bagi pendapat saya sendiri, kasut tumit tinggi atau heels sangat sesuai digayakan dengan variasi rekaan seluar kerana ia akan menampilkan imej yang elegan. Malah, ia turut menyerlahkan panjang kaki sekaligus menampakkan anda lebih tinggi.

Shop Tassel Trim Tie Waist Palazzo Pants online. SheIn offers Tassel Trim Tie Waist Palazzo Pants & more to fit your fashionable needs.

Sementara kasut seperti sandal bertali sangat sesuai untuk majlis rasmi. Untuk kasut separa tinggi atau mid-heels pula merupakan pilihan yang selesa dan sesuai jika anda ingin tampil separa kasual. Pilihan lain yang baik untuk seluar berkaki lebar termasuk sandal, kasut tumit tinggi dengan rekaan bahagian hadapan yang runcing dan juga sneakers.

Saya secara peribadi gemar menggayakan kasut tumit yang lebih tipis dengan seluar yang sangat lebar. Namun, jika ke tempat kerja atau berjalan pada waktu siang, anda tidak perlu memakai seluar berkaki lebar dengan kasut. Anda boleh menggantinya dengan sandal atau kasut dengan tapak yang sangat tebal.

Ideanya di sini adalah bahawa penggayaan kasut ini sebenarnya memerlukan anda untuk bermain dengan rekaan seluar. Kesesuaian ini juga tidak tertakluk pada pemilihan jenis kasut semata-mata, ia perlu diselaraskan dengan tempat yang dituju serta berapa lama dan jauh akan anda akan bergerak dengannya.

Komen