PUMA Memperkenalkan Teknologi XETIC Untuk Kasut Calibrate Runner
Baru-baru ini PUMA iaitu jenama sukan yang terkemuka hadir dengan inovasi baru untuk kasut keluaran terbaru mereka. Dengan kolaborasi bersama MIT Design Lab telah mencipta XETIC, sebuah teknologi pelindung kepada kaki yang akan memberikan keselesaan untuk berjalan kaki.
.jpg)
Teknologi ini merupakan inovasi yang pertama diperkenalkan dalam kasut sneaker baru yang diberi nama Calibrate Runner. XETIC hadir dengan kusyen memberikan keselesaan yang sangat baik kepada pemakai sewaktu menggunakannya.
Bagi menjayakan produk ini, PUMA dan MIT Design Lab dilihat telah bekerjasama dengan komuniti pelari bagi menganalisis keperluan dan kepentingan spesifik untuk seseorang individu, seperti titik tekanan selain mengambil data untuk menghasilkan rekaan dan struktur yang bersesuaian. Hasilnya adalah struktur midsole yang direka berdasarkan prinsip auxetics. Ia juga telah diuji yang mana membawakan hasil yang lebih baik berbanding bentuk pelindung berlapis lain.
Bagi yang berminat, PUMA Calibrate Runner akan tersedia di Malaysia mulai 15 Okt 2020 dan dijual pada harga RM 659. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi PUMA untuk mengetahui tentang spesifikasi khusus yang dibawakan dalam teknologi terbaru XETIC.