Kenapa Sudu Madu Berbeza Dengan Sudu Yang Lain?
Jika anda perasan, terdapat perbezaan yang ketara untuk rekaan sudu madu berbanding sudu yang biasa. Sudu madu atau dikenali sebagai honey dipper digunakan untuk menggulung cecair madu agar tidak menitis atau tertumpah.
Seperti yang anda ketahui, madu adalah sejenis cecair likat yang manis. Bagi anda yang ingin mencuba madu, ambil 1 sudu besar 2-3 kali sehari, sebelum makan. Makannya tanpa mencampurkan ke dalam minuman untuk kesan terbaik.

Mengapa madu ada sudu kayu yang tersendiri?
Sudu ini dicipta kerana untuk memudahkan anda untuk memakannya tanpa menitis. Hal ini kerana, belahan pada sudu madu boleh memerangkap madu tanpa merosakkan madu.
Biasanya digunakan untuk menyiram madu pada roti, biskuit, atau makanan lain yang seumpamanya. Alat ini kadangkala diperbuat daripada plastik atau kaca.
Adakah sudu logam akan menyebabkan madu rosak?
Sebilangan besar orang menyarankan agar tidak menggunakan sudu logam kerana madu mempunyai pH berasid dan bertindak balas dengan permukaan logam. Ini benar kerana tindakbalas logam dan madu boleh merosakkan tekstur madu.
Namun, kebanyakan peternak lebah mengatakan bahawa sudu logam tidak memberikan apa-apa kesan jika digunakan pada madu. Cuma ia akan mempunyai kesan jika ditinggalkan sudu logam dalam balang madu semalaman.