Apakah Perkara Yang Menarik Yang Ditampilkan Dalam Samsung Unpacked 2020?

Pada acara Unpacked 2020 kali ini, Samsung menampilkan variasi jenis peranti dan produk yang mungkin akan menarik minat anda. Ia bukan sahaja menyasarkan kepada golongan yang menginginkan sesuatu yang baru di dalam dunia teknologi, malah ia turut menampilkan inovasi rekaan yang lebih ‘trendy’ sesuai untuk pelbagai lapisan generasi.

Jika kita imbas kembali produk dan peranti yang telah dikeluarkan oleh Samsung sebelum ini, pelbagai fungsi dan inovasi yang telah diperkenalkan bagi meningkatkan produktiviti pengguna. Antaranya termasuk sistem pengimbas cap jari dalam skrin serta mod dan fungsi kamera yang boleh dikawal dengan aksi gesture Air Actions. Pengguna boleh menggerakkan S Pen bagi mengawal gesture yang ingin dilakukan sama ada untuk menukar mod kamera dan macam-macam lagi.

Jadi untuk acara kali ini, apakah perkara-perkara menarik yang telah diperkenalkan jenama ini menerusi Unpacked 2020?

Galaxy Unpacked 2020 live: Follow latest updates as Samsung ...

Sokongan S Pen Terbaru Dan Samsung Notes Pada Peranti Siri Samsung Galaxy Note20 Dan Galaxy Fold 2

Seperti yang anda sedia maklum, Samsung sebelum ini telah hadir dengan sokongan S Pen pada siri telefon pintar Galaxy Note mereka. Namun, untuk keluaran kali ini siri Galaxy Note20 menampilkan sokongan S Pen yang mempunyai ketepatan yang lebih tepat dan responsif. 

Galaxy Note 20

Menerusinya juga, pengguna boleh melakukan navigasi tanpa sentuh pada peranti seperti kembali ke skrin utama atau mengambil tangkapan skrin dengan hanya menggerakkan pergelangan tangan.

Sementara Samsung Notes pula hadir dalam membantu pengguna melakukan tugasan dengan lebih mudah menggunakan telefon pintar, tablet atau PC Windows. Ia membawakan sokongan sync antara PC dan peranti, selain memudahkan pengguna menambah nota pada fail PDF.

Kawalan Gestur Baru Pada Samsung Galaxy Watch3

Galaxy Watch3 dilihat menyokong beberapa kawalan gestur baharu. Ia kini membenarkan pengguna untuk menjawab panggilan telefon dengan menggenggam dan menggoyangkan sikit pergelangan tangan. Panggilan juga boleh dibisukan dengan memutarkan pergelangan tangan selain membolehkan kamera untuk mengambil gambar dengan menggenggam dan membuka tangan.

Bukan itu sahaja, Galaxy Watch 3 ini juga hadir dengan kemampuan mengesan pengguna apabila berlaku kemalangan atau terjatuh. Penggera pada peranti akan berbunyi selama seminit dan akan menghantar mesej kepada kontak kecemasan sekiranya penggera tidak dimatikan.

Ciri lain yang ditampilkan termasuk Samsung Health yang mana membawakan lebih daripada 120 program latihan kesihatan di rumah dan Samsung Pay untuk transaksi pembayaran menggunakan Galaxy Watch3.

Bateri Yang Tahan Lama Untuk Samsung Galaxy Buds Live

Seperti kebanyakan produk TWS atau fon telinga nirwayar sebelum ini, Samsung Galaxy Buds Live hadir dengan inovasi dalam sistem pembatalan hingar yang dapat meningkatkan kualiti audio sewaktu membuat panggilan.

Menarik pada fon telinga nirwayar kali ini, pengguna boleh mengawal mainan audio pada peranti menerusi sistem sesentuh, selain menyertakan bunyi audio yang lebih berkualiti bagi pengguna yang ingin menikmati muzik dengan lebih baik. Buds Live ini juga dikatakan mampu bertahan sehingga 6 jam atau sehingga 21 jam dengan bantuan pod pengecas.

Sambungan Nirwayar Dari Telefon Pintar Ke Televisyen Menggunakan Samsung DeX

Tidak ketinggalan juga, jenama ini telah memperkenalkan sambungan nirwayar yang dikenali sebagai Samsung DeX. Melaluinya, pengguna boleh menghubungkan siri Galaxy Note20 terus ke televisyen pintar dan mengurus dua skrin secara serentak dengan mudah. Dengan ini, pengguna boleh berinteraksi dengan rakan menggunakan siri Galaxy Note20 sambil menonton video di televisyen

Perkongsian Antara Telefon Pintar Dan Komputer

Bersama-sama pengenalan beberapa peranti baru seperti Samsung Galaxy Note 20 dan Galaxy Fold 2, Samsung turut menampilkan kolaborasi bersama sebilangan syarikat teknologi terkemuka iaitu Google, Microsoft, Netflix dan Spotify. Menerusi kerjasamanya dengan Google, jenama ini dilihat akan mengoptimumkan sokongan panggilan video dalam memudahkan pengguna untuk kekal berhubung dengan lebih mudah.

Selain itu, Samsung turut memperluas kolaborasi bersama Microsoft dalam memudahkan akses antara peranti Galaxy dengan PC Windows untuk berkongsi mesej, foto, dan peringatan kalendar dalam masa nyata. Pengguna turut boleh mengintegrasi pautan dari telefon pintar ke komputer Windows melalui aplikasi Your Phone tanpa mengganggu produktiviti.

________________________________________________________________________

Bagi yang berminat, Samsung Galaxy Note20 4G dijual pada harga RM3899, Galaxy Note20 5G pula pada harga RM4299 dan akhir sekali Galaxy Note20 Ultra dijual pada harga RM5199 dan boleh mula didapati bermula 21 Ogos 2020. 

Untuk Samsung Galaxy Buds Live pula ditawarkan pada harga RM699. Manakala harga jualan untuk Galaxy Watch3 adalah RM1699 untuk model 41mm dan RM1799 untuk model 45mm.