Lina Rosli Diterbitkan 6 August 2020

Apa Itu ‘Food Shaming’ – Mengapa Ia Harus Dielakkan?

Apa Itu ‘Food Shaming’ – Mengapa Ia Harus Dielakkan?

Food Shamingadalah satu perbuatan yang mengkritik dan memalukan seseorang kerana memakan sesuatu yang tidak bersesuaian atau tidak menepati budaya dan pendapat seseorang.

Untuk mengupas lebih lanjut berkenaan food shaming, saya akan memberikan contoh yang lebih dekat dan mudah. Sebagai contoh, jika anda keluar untuk makan malam bersama rakan. Anda telah membuat pesanan makanan yang mungkin anda gemari atau nantikan seperti kek lapis coklat. Kemudian, rakan anda menyatakan bahawa anda tidak sepatutnya memesan kek tersebut kerana ia menggemukkan dan memberikan kalori yang banyak. Ia pasti akan membuatkan anda terasa hati dan sudah tentu akan merasa rendah diri disebabkan komen tersebut.

four person earring on black wooden table

Mengapa Wujudnya Food Shaming?

Kebiasaannya, perkara ini sering terjadi kepada golongan wanita dan ada segelintir lelaki turut akan mengalaminya. Ini adalah disebabkan mentaliti dan norma orang di sekeliling yang gemar untuk mengkritik seseuatu pilihan kerana ia tidak selari atau sesuai dengan pilihan mereka.

Ada kalanya, kritikan ini tidak mendatangkan apa-apa kesan, dan mungkin boleh dikatakan akan membantu seseorang untuk mengurus diet dengan mengawal pemilihan pemakanan mereka bagi tujuan mengurangkan risiko kesihatan yang memudaratkan atau lain-lain. Namun jika ia dilakukan pada waktu yang kurang tepat sudah tentu ia akan menjatuhkan dan memalukan seseorang.

Mengapa hal ini berlaku? Bagi pendapat saya sendiri, food shaming bukanlah satu perkara yang baru. Terdapat sebilangan besar individu yang menghakimi mungkin menganggap kritikan tersebut akan membantu bahawa makanan itu mungkin tinggi kalori dan orang yang gemuk tidak seharusnya memakannya.

Selain itu, food shaming ini juga boleh berlaku apabila orang yang mengkritik mungkin mempunyai konflik dengan makanan tersebut, dan seterusnya menyebarkan kepercayaan yang buruk kepada sesiapa sahaja di sekitarnya. Dalam kes sebelum ini, seorang penulis buku diet pernah membincangkan bagaimana individu yang mempunyai kisah silam yang buruk dengan sesuatu makan cenderung untuk mempengaruhi orang untuk tidak mendapatkan makanan tersebut.

Apa Yang Harus Dilakukan Bagi Mengelakkan Food Shaming?

Food Shaming ini berlaku apabila orang yang memberikan kritikan atau menghakimi makanan dari sudut negatif. Sudah tentu ia sukar untuk mengelakkan sifat negatif ini. 

variety of foods on top of gray table

Jika kita lihat balik contoh di atas, sekiranya anda adalah orang yang membuat pesanan kek coklat yang lazat, bagaimana reaksi anda terhadap komen itu? Anda mungkin akan mengatakan “Saya telah menabung sepanjang hari untuk menikmati ini, jadi terima kasih kerana menyimpan pendapat anda kepada diri sendiri”. Atau “Saya minta maaf, tetapi komen anda mengguris hati saya.” Atau, “Ini enak, adakah anda ingin merasanya?” Atau abaikan saja orang itu dan tidak mengambil perhatian dengan komen negatif yang diberikan.

Sekiranya anda pernah mengalami food shaming, ingatlah bahawa orang yang mengkritik makanan pilihan anda mungkin mempunyai kisah silam yang tidak baik atau biarkan sahaja komen negatif itu jika ia sama sekali tidak memberi sebarang kebaikan kepada diri. Tidak dinafikan, tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengubah corak pemikiran itu. 

Namun, jika anda seorang mengkritik pilihan makanan orang lain, anda mungkin boleh menukar perbualan yang tidak meletakkan pilihan makanan sebagai subjek, atau anda juga boleh mengatakan bahawa makanan itu kelihatan enak, atau membuat komen yang lebih sesuai.