Ini Adalah 7 Buah Yang Baik Untuk Dimakan Setiap Hari
Secara umumnya, buah mengandungi sejumlah besar nutrien penting termasuk serat, vitamin, mineral dan pelbagai antioksidan dan sebatian tumbuhan. Setiap orang semestinya memerlukan kuantiti vitamin C yang mencukupi yang mana boleh didapati di dalam pelbagai buah yang berbeza.
Jambu batu
Jambu batu merupakan antara buah kaya dengan vitamin C. Manakalah biji buah jambu pula mempunyai kesan antioksidan yang kuat di dalam sel kerana zat mengandungi yang dikenali sebagai karotenoid.
Bukan itu sahaja, ia juga membantu dalam merawat hipertensi, kerana rendah natrium dan tinggi serat sayuran. Daun jambu turut hadir dengan faedah yang baik untuk membersihkan darah sekaligus meneutralkan bahan toksik dalam darah serta membantu menghilangkan kolesterol berlebihan.
Avocado
Avocado pula mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan khasiatnya. Mereka tidak mengandungi kolesterol dan merupakan buah yang kaya protein. Ia membantu dalam rawatan penyakit jantung dan rawatan Anemia kerana zat besi dalam avokado berasimilasi dengan baik. Buah ini juga membantu menjaga kadar glukosa darah yang sesuai yang mana baik untuk merawat diabetes.
Kelapa
Kelapa adalah buah-buahan anti bakteria. Minyak kelapa yang diekstrak digunakan untuk rawatan jangkitan kulit kronik dan rawatan rambut. Ia membantu menghilangkan kuman kolera dari usus dan meningkatkan prestasi sistem imunisasi dalam badan.
Timun
Timun membantu dalam mengatasi sembelit kerana kandungan seratnya. Ia juga membantu dalam rawatan artritis dan diabetes serta menyegarkan kulit dan mencegah jerawat jika disapu secara konsisten di wajah.
Pisang
Seperti yang anda ketahui, pisang baik untuk mengawal tekanan yang mana mengandungi potassium dan membantu menormalkan degupan jantung. Ia mengandungi kira-kira 1% protein dan kaya dengan folat yang mencegah kerosakan sistem saraf janin, oleh itu ia baik untuk kehamilan.
Pisang juga membantu melegakan cirit-birit untuk kanak-kanak dan orang dewasa dan meneutralkan keasidan berlebihan jus gastrik yang dihasilkan di dalam perut bagi anda yang mengalami ulser perut.
Epal
Epal mengandungi pectin yang membantu memudahkan pembuangan toksin dari badan. Ia juga membantu mengalkali tisu dan darah. Apabila dikunyah dengan betul, kandungan asam dalam epal membunuh kuman yang terdapat di dalam mulut.
Bukan itu sahaja, buah ini turut meningkatkan kadar pencernaan makanan dan menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan natriumnya yang rendah.
Tembikai
Tembikai mengandungi serat, air, protein, vitamin A, B, C, yang diperlukan untuk ketahanan terhadap jangkitan bakteria. Ia merawat sembelit serta berkesan dalam memperbaiki tahap awal penyakit buah pinggang.
__________________________________________________________
Banyak kajian membuktikan bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran sangat penting untuk meningkatkan kesihatan. Oleh sebab itu, buah-buahan dan sayur-sayuran harus menjadi asas diet yang sihat serta menggandakan jumlah pengambilan buah dan sayur yang mereka makan setiap hari.
Hal ini kerana, makan banyak buah dan sayur setiap hari dapat membantu mengurangkan risiko anda, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes atau kanser.