5 Tanda Yang Menunjukkan Kuku Anda Sihat
Penjagaan kuku biasanya boleh menjadi mudah ataupun sukar bergantung kepada kondisi kuku anda. Sekitar 60% wanita yang dipercayai melakukan rawatan dan penjagaan kuku setiap bulan bagi mendapatkan kuku yang cantik. Tetapi adakah penjagaan kuku sangat penting? Adakah ia memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan kuku yang sihat?
Secara umumnya, menjaga kuku dapat membantu anda menentukan kesihatan tangan anda, dan sangat penting untuk kesihatan tubuh anda. Sekiranya anda tidak melakukan rawatan yang kuku dengan baik, ia akan menyebabkan jangkitan kulat atau bakteria pada sekitarkuku anda, yang juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.
Kuku berfungsi sebagai indikator dalam menentukan sama ada tubuh anda kekurangan zat makanan, menghadapi penyakit buah pinggang, penyakit hati atau masalah kesihatan yang lain.
Kuku yang sihat adalah penting. Untuk mengetahui dan mengenali tanda-tanda yang menunjukkan kuku anda sihat, Tajria akan berkongsi kepada anda beberapa tanda yang boleh anda perhatikan pada kuku anda.
Kuku berwarna merah jambu atau ungu
Menurut ahli dermatologi, kuku anda biasanya kelihatan seperti warna merah jambu atau ungu muda. Sebenarnya, warna ini bukan datang daripada kuku itu sendiri, ia disebabkan oleh warna tisu di bawahnya.
Untuk mengetahui kuku anda sihat, anda boleh mencuba meletakkan tekanan pada kuku untuk membuat warna ini hilang sementara dan muncul kembali dengan cepat setelah tekanan dilepaskan. Ini adalah tanda bahawa anda terhidrasi dengan baik dan mempunyai aliran darah yang baik ke tisu anda. Dengan memberi tekanan, anda menolak darah dari tisu dan kemudian melepaskan tekanan memungkinkannya mengalir kembali. Cara ini dikenali sebagai ujian pengisian semula kapilari pada kuku.
Kuku tidak rabung atau lekuk
Rabung kuku menegak adalah normal, sementara rabung mendatar pula mungkin menandakan kuku anda ada masalah.
Alur mendatar yang dalam di kuku anda dikenali sebagai Beau’s lines. Jika ia terlalu ke dalam, ia menunjukkan bahawa anda mempunyai masalah yang lebih serius. Menurut Harvard Health Publishing, penampilan garis-garis ini dapat menunjukkan kecederaan pada matriks kuku, keperluan pemakanan yang tidak terpenuhi, jangkitan pada piring kuku atau reaksi terhadap ubat-ubatan yang diambil.
Sekiranya anda melihat tanda-tanda ini, ia adalah penting untuk berunding dengan doktor atau pakar dermatologi.
Kuku tidak mudah pecah
Sekiranya kuku anda sangat rapuh, anda mungkin mengalami onycholysis. Ia merupakan satu keadaan yang berlaku terutamanya pada jari manis yang mana kuku terpisah dari tempat kuku. Keadaan ini boleh menyebabkan kecederaan, jangkitan atau reaksi ubat.
Bukan itu sahaja, kekurangan zat besi boleh menyebabkan kerapuhan dan kemungkinan diakibatkan oleh kekerapan dalam membasahi dan mengeringkan kuku. Sekiranya kuku kelihatan kuat dan jarang patah, kemungkinan besar kuku anda sihat.
Tidak menggigit kuku
Menggigit kuku boleh menyebabkan kuku sukar tumbuh dan dijangkiti kutikula. Kutikula adalah bahagian kuku yang menjaga kuku dan tisu di bawahnya dari bakteria. Oleh itu, memotong kutikula kuku bukanlah idea yang baik yang boleh mengakibatkan jangkitan bakteria dan keradangan. Satu kajian mendapati bahawa menggigit kuku boleh menyebabkan pemendekan kuku secara tetap.
Tidak bengkak atau meradang
Menurut WebMD, jika kulit di sekitar kuku kelihatan merah dan bengkak, ini bermakna lipatan kuku anda meradang. Ini mungkin disebabkan oleh gangguan tisu penghubung yang lain. Jangkitan kuku juga boleh menyebabkan kemerahan dan keradangan pada lipatan kuku.
________________________________________________________________________
Sekiranya anda kerap melakukan manikur atau pedikur untuk kuku bagi mendapatkan kuku yang kelihatan sihat, pastikan anda pergi ke salun yang menunjukkan berlesen.
Elakkan daripada memotong kutikula kuku kerana ia bertindak menutup kulit ke piring kuku, keran pemotongan kutikula boleh menyebabkan jangkitan bakteria pada kuku. Bukan itu sahaja, alatan kuku seperti ketip kuku juga perlu disteril semua dengan betul untuk mencegah penyebaran jangkitan.
Sumber: Whats Good