Senarai Diskaun Dan Baucar Pembelian Di FoodPanda Sepanjang Januari 2021
Nampaknya tabiat pesanan makanan menerusi perkhidmatan penghantaran makanan masih lagi kekal relevan pada tahun 2021 ini.
Ia sememangnya satu inisiatif yang sangat mudah dan pantas bagi mendapatkan makanan kegemaran anda. Semuanya di hujung jari, dimana anda hanya perlu restoran yang diingini, kemudian semak senarai menu dan mula hantarkan pesanan makanan anda.
Jadi, bagi memastikan pengalaman pembelian kekal menarik, foodpanda kini menyenaraikan beberapa diskaun dan baucar yang boleh anda tebus sepanjang Januari 2021 ini di foodpanda bermula hari ini:
Senarai Diskaun FoodPanda Januari 2021
Ini adalah beberapa tawaran menarik untuk pelanggan sedia ada (Existing customer):
- CUBAPANDA , Diskaun sehingga RM10 untuk pelanggan baru dengan perbelanjaan minimum RM20 (sah sehingga 31 Januari 2021)
- JOY4U , Diskaun RM6 untuk pesanan selepas pukul 4 dengan perbelanjaan minimum RM18. Diskaun ini terhad untuk 43,000 tebusan setiap hari (sah sehingga 15 Januari 2021)
- JOYZONE , Diskaun 35% di kawasan terpilih dengan perbelanjaan minimum RM12. Tawaran diskaun ini terhad untuk 4,800 penebusan setiap hari (sah sehingga 15 Januari 2021)
- ONLYONPANDA , Diskaun RM7 di restoran eksklusif FoodPanda dengan minimum perbelanjaan RM30 (sah sehingga 28 Februari 2021)
- SHOPWITHUS , Diskaun RM8 dengan perbelanjaan minima RM35 terhad kepada 1,400 penebusan (sah sehingga 28 Februari 2021)
- JIMART , Diskaun RM7 dengan perbelanjaan minima RM30 terhad dan hanya tertakluk kepada 6 kali penggunaan sahaja (sah sehingga 2 Februari 2021)
- FOODIES , Diskaun RM5 dengan perbelanjaan minima RM15 untuk kedai Jackson’s Fried Chicken, Hooked And Cooked, LunchBox, Faasos, Soul Brew and Jjang Chickin (sah sehingga 2 Februari 2021)
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan tawaran diskaun untuk pembelian di kedai-kedai pilihan anda seperti:
- Potongan sehingga 50% di Pizza Hut, Myeongdong Topokki, A&W, Boat Noodles, Johnny’s Restaurant, Domino’s Pizza dan banyak lagi tanpa memerlukan kod di kedai terpilih sehingga 3 Mac 2021.
- Nikmati potongan sehingga 20% untuk pembelian dengan servis ambil-sendiri (pick-up) untuk hidangan yang anda gemari sehingga 31 Januari 2021.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi foodpanda bagi mendapatkan tawaran dan diskaun menarik sepanjang Januari ini!