Kenapa Harga Daging Itik Lebih Tinggi Berbanding Ayam – Boleh Mencecah RM76 Seekor
Itik Maskovy atau lebih dikenali dengan nama itik serati atau itik nila merupakan salah satu daripada dua jenis itik domestik yang popular. Ia kebiasaannya bewarna putih atau bertompok hitam yang mana itik ini berasal dari Mexico dan boleh didapati di America Selatan dan juga membiak liar di sekitar Amerika Syarikat.
Bercakap mengenai itik, sama ada anda perasan atau tidak, hidangan itik di kebanyakan resoran dan juga kedai dilihat lebih tinggi berbanding ayam.
Mengapa ia sedemikian?
Tidak dinafikan bahawa daging ayam adalah lebih mudah untuk didapati berbanding itik. Salah satu perkara yang menyebabkan itik lebih mahal daripada ayam adalah waktu tumbesaran itik dilihat lebih lama dan sukar untuk disediakan dalam produksi yang besar.
Bukan itu sahaja, dari segi fizikal itik mempunyai saiz yang lebih besar, lemak yang lebih berat serta isi yang lebih padat. Malah, daging itik ini sangat istimewa dan sering di bandingkan dengan daging lembu di barat kerana warna daging itik ini agak kemerahan berbeza dengan daging ayam dan mengandungi kandungan lemak yang sangat rendah.
Ini menjadikan daging itik ini sangat berkualiti dan tidak berminyak sekiranya digoreng atau dipanggang.
Perkara ini terjadi pada tahun 2018 yang mana sewaktu Hari Raya Aidilifitri, penduduk di kawasan Masjid Tanah Melaka yang memperlihatkan harga mentah untuk itik yang sangat tinggi.
Harga pasaran untuk ayam biasanya sekitar RM7.80 sekilo sementara harga pasaran untuk itik pula boleh mencecah RM19 sehingga RM23 sekilo. Jadi, dengan purata berat itik sekitar tiga hingga empat kilogram seekor, bukankan nilai harga seekor boleh mencecah sekitar RM57 sehingga RM76?
Jadi, apakah pendapat anda? Adakah harga pasaran untuk itik ini berbaloi?
Sumber: DVS