Ini Adalah Senarai Promosi Dari Touch ‘n Go eWallet Sepanjang Januari 2021

Berita baik untuk anda yang gemar melakukan transaksi menerusi dompet digital. Pada sepanjang bulan Januari 2021 ini, Touch ‘n Go eWallet hadir dengan pelbagai tawaran dan promosi menarik yang boleh dapatkan.

Tawaran ini merangkumi promosi untuk makanan dan minuman, isian minyak petrol, pembelian barangan rumah, lokasi percutian dan banyak lagi.

Berikut adalah senarai promosi yang boleh anda tebus bermula hari ini!

Family Mart

	FamilyMart: Jan 2021 Promotional Drinks

Khusus untuk penggemar minuman bubble, anda boleh mendapatkan Hot Bubble Cha Cha atau Brown Sugar Bubble Milk pada harga RM4.90 segelas dan juga Iced Bubble Cha Cha pada harga RM6.90 semangkuk.

Tawaran ini sah sehingga 31 Januari 2021. Namun, promosi ini terhad untuk satu minuman promosi sahaja pada satu transaksi.

Gas Dapur – Petron Gasul

Petron Gasul RM3 Cashback Promotion

Dapatkan pulangan tunai RM3 untuk pembelian Petron Gasul melebihi RM22 dalam satu resit menggunakan dompet digital Touch ‘n Go eWallet.

Promosi ini sah untuk pembelian Petron Gasul 12kg dan 14kg di lokasi Petron LPG terpilih.

TMG

TMG January 2021 Promotion

Bagi peminat Mamee Ghost Pepper dan juga Crispy Chicken Finger CP, anda boleh dapatkannya pada harga RM8.99 dan RM11.99 untuk setiap satu pek.

Promosi ini sah di semua lokasi TMG berdekatan anda.

Perbaharui Insurans Dan Cukai Jalan Di BMS

BMS Get up to RM50 Cashback

Sehingga 28 Februari ini, anda boleh mendapatkan pulangan tunai yang berbaloi jika anda memperbaharui Insurans & Cukai Jalan anda di BMS.

Insurans & Cukai Jalan dengan jumlah minimum RM400 menggunakan Touch ‘n Go eWallet dalam satu transaksi boleh mendapatkan pulangan tunai RM20 sementara Insurans & Cukai Jalan dengan jumlah minimum RM800 pula boleh mendapatkan pulangan tunai RM50.

The Goal Hunter

Melalui Goal Hunter ini, pengguna boleh memilih sehingga 5 ganjaran setiap bulan.

Dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM10 di mana-mana rangkaian yang menggunakan dompet digital Touch ‘n Go, anda akan memperolehi 1 setem. Kemudian, kumpulkan sebanyak 2 setem untuk mendapatkan 1 baucar ganjaran.

Antara ganjaran yang ditawarkan termasuk pulangan tunai untuk pembayaran bil telefon, belanja di Lazada, KK SuperMart, Mr. DIY, myNews dan banyak lagi.

Menarik bukan? Dapatkan dan tebus kesemua promosi ini sebelum tarikh sah tawaran tamat.