Lina Rosli Diterbitkan 6 January 2021

Ini Adalah 3 Tips Memandikan Bayi Yang Perlu Anda Tahu

Ini Adalah 3 Tips Memandikan Bayi Yang Perlu Anda Tahu

Bayi baru lahir tidak perlu dimandikan terlalu kerap, mereka tidak banyak melakukan aktiviti serta kurang terdedah kepada unsur persekitaran yang kotor jika dibandingkan dengan orang dewasa.

barefooted baby covering white blanket

Malah, bayi juga tidak berpeluh banyak seperti orang dewasa, maka mereka tidak perlu membersihkan diri dengan kerap. Anda mungkin boleh membersihkan bayi anda sekitar dua kali sehari.

Berikut adalah tiga cara yang boleh anda lakukan sewaktu memandikan bayi anda:

Tetapkan Suhu Air Yang Sesuai

Pastikan air ditetapkan pada suhu yang sesuai untuk bayi. Suhu yang ideal adalah tidak terlalu panas atau sejuk. Pastikan ia terasa hangat namun tidak menyakitkan kulit.

Untuk mengukur suhu air, celupkan siku anda ke dalam air untuk mengukur tahap kehangatan sebelum membersihkan kulit bayi. Jika ia terlalu panas untuk siku anda, maka ia sememangnya panas untuk kulitnya.

Pegang Badan Bayi Dengan Baik

Sewaktu memegang bayi anda, kendalikannya dengan lembut. Gunakan satu tangan untuk menyokong di bahagian belakang si manja. Sementara satu tangan lagi merangkul bahu dan belakang lehernya. 

Dengan posisi ini, ia memudahkan anda membasahkan kepala dan badan bayi dengan lebih selamat.

Tidak Membiarkan Bayi Bersendirian

Jangan biarkan bayi anda bersendirian di tempat mandi. Hal ini kerana ia berisiko bayi anda lemas atau tergelincir ke dalam air.

Bukan itu sahaja, jika anda memandikannya sambil meletakkan bahan mainan, khuatir mainan tersebut akan menyebabkan bayi tercedera.

child lifting water dipper

Mudah bukan? Ikuti tips ini sewaktu memandikan bayi anda. Di harap perkongsian mudah ini dapat membantu anda mengendalikan bayi dengan lebih selamat pada masa akan datang.