Pemandu Kerap Pandu Lebih Dari Kemampuan Tayar – Ketahui Had Tayar Untuk Elak Kemalangan
Tahukah anda, sehingga tahun 2019 Malaysia terdapat peningkatan yang ketara untuk jumlah kes kemalangan jalan raya sejak tahun 2011. Jumlah kes yang tertinggi dicatatkan sebanyak 567,516 kes iaitu pada tahun 2019 dengan jumlah kematian seramai 6,167 orang.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemalangan ini termasuk kondisi pemandu, keadaan jalan raya, kemampuan kereta dan juga etika pemandu lain yang mengancam nyawa orang lain.
Mengulas lebih lanjut isu ini, kebanyakan pemandu dilihat tidak peka dengan keadaan kereta yang telah menyumbang kepada peningkatan jumlah kemalangan. Ia termasuk masalah pada brek, keadaan tayar botak dan juga memandu melebihi had tayar.
Saya pasti kebanyakan pemandu sebenarnya mungkin tidak mengetahui kemampuan kelajuan tayar yang telah ditetapkan oleh pengeluar. Dengan kata lain, pemandu sering memandu pada had laju melebihi had maksima tayar yang telah menyebabkan tayar pecah, tayar tergelincir dan banyak lagi.
Perkara ini adalah sangat berbahaya yang mana apabila pemandu memandu terlalu laju, kereta dan tayar tidak mampu untuk mengelola kereta pada yang mungkin mengakibatkan tayar kereta hilang kuasa cengkaman sewaktu bergerak.
Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai jenis tayar dan kelajuan yang disyorkan ketika memandu.

Sistem penilaian kelajuan menggunakan huruf A hingga Z. Setiap huruf sesuai dengan kelajuan tertentu.
Kebiasaannya tayar ini telah disesuaikan mengikut kelajuan maksimum yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, untuk simbol kelajuan T, anda biasanya menemui tayar dengan rating kelajuan “T” pada sedan dan minivan.
Sementara untuk simbol kelajuan H pula, ia hadir dengan kelajuan maksimum 210 km/j dan biasanya dijumpai di sedan mewah dan coupe.
Mankalah untuk simbol kelajuan Z pula, sesuai digunakan untuk kereta sport berprestasi tinggi. Ia menunjukkan kelajuan maksimum lebih dari 240 km/j atau 300km/j.
Untuk membaca kod tayar, anda boleh melihat pada sisi tayar. Ia akan memaparkan kod yang berbentuk abjad dan angka.

Sebagai contoh, 205/55 R 16 H yang mana 205 menunjukkan lebar tayar, 55 ketebalan tayar, R pula ada radial tayar, 16 menunjukkan load index untuk tayar dan H pula menunjukkan simbol kelajuan tayar yang akan menunjukkan berapa had kelajuan sesebuah tayar.

Oleh itu, anda perlu memastikan seberapa laju tayar anda boleh pergi dan kenali had tayar dan pastikan keempat-empat tayar mempunyai penilaian yang sama. Penilaian kelajuan berdasarkan ujian makmal dalam keadaan terkawal dan spesifik. Jadi, kemampuan tayar mungkin juga bergantung kepada keadaan jalan sama ada kering atau basah dan juga struktur tayar yang mungkin rosak dan tidak rata.