Fenty Beauty Tampil Dengan Set Bibir Dan Luminizer Edisi Terhad – Berharga RM252 Di Sephora
Sudah masuk hari ketujuh tahun baru, sudahkah anda mendapatkan set alat solek terbaru dari Fenty Beauty?
Untuk pengetahuan anda, jenama ini membawakan set edisi terhad Lip + Luminizer Set: Lunar New Year Edition.

Di dalamnya, anda boleh mendapatkan highlighter berkilau yang ikonik dari Fenty Beauty –iamond Bomb All-Over Diamond Veil in Royal Icing – yang akan memberikan kesan solekan ala champagne dan kilauan emas di seluruh wajah. Ia juga hadir dengan formula serbuk jeli yang unik dan sejuk apabila disentuh pada kulit.
Selain itu, set ini juga menampilkan Gloss Bomb Universal Lip Luminizer in Cheeky. Ia adalah gloss bibir yang menghasilkan kilauan pada bibir dengan penampakan warna yang terang, iaitu oren dan merah jambu.

Untuk anda yang ingin tampil berseri ke tempat kerja sewaktu awal tahun ini, dapatkan set bibir dan luminizer edisi terhad ini pada harga RM252 di laman rasmi atas-talian Sephora atau di semua rangkaian kedai Sephora.