PKP Dilaksanakan Sehingga 26 Januari 2021 – Antara Kawasan Terlibat KL, Selangor, Sabah, Melaka, Johor
Terkini, PM Muhyiddin telah mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Selangor, Sabah, Melaka, Pulau Pinang dan juga Johor bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ketahui dan ingati mengenai PKP:
- Hanya 2 orang sahaja dibenarkan di dalam kereta untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan dan keperluan rumah dalam radius kurang dari 10km.
- Pelajar SPM, STPM, SVM dan STAM dibenarkan hadir ke sekolah merentasi kawasan PKP, PKPB dan PKPP.
Senarai aktiviti yang tidak dibenarkan:
- Pergerakan rentas negeri dan daerah ke kawasan PKP tanpa kebenaran PDRM.
- Pergerakan terhad 10km.
Senarai aktiviti yang dibenarkan:
- Mendapatkan bantuan perubatan dan kesihatan.
- Membeli dan mendapatkan barangan dan keperluan dengan syarat tertentu.
- Melakukan urusan rasmi Kerajaan.
Untuk perkhidmatan lain,
- Aktiviti sosial adalah tidak dibenarkan untuk majlis kahwin, seminar dan mesyuarat untuk kawasan PKP dan PKPB.
- Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah.
Selain itu, untuk negeri-negeri di yang masih melaksanakan PKPP dan PKPB seperti Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak dan Sarawak masih tidak dibenarkan merentas negeri.
Berikut adalah beberapa perkara dan panduan yang perlu anda ikuti bagi memastikan keselematan diri dan orang sekeliling terjamin. Pastikan anda peka dengan arahan yang telah dikeluarkan pihak kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa yang lain sepanjang tempoh PKP, PKPP dan PKPB berlangsung.