Tahukah Anda Bahawa Kucing Tidak Boleh Merasai Manis?
Bagi anda yang membela kucing di rumah, tahukah anda bahawa kucing adalah haiwan yang tidak boleh merasai makanan dengan baik?
Satu perkara yang mungkin mengejutkan anda tentang kucing tentang mengapa mereka menyukai makanan dalam tin atau kenapa kucing lebih menggemari ayam dan tuna berbanding kek dan manisan adalah kerana kucing tidak dapat merasakan makanan manis.
Oleh sebab itu, ketika anda menikmati makanan yang enak, anda tidak seharusnya berkongsi makanan dengan kucing anda. Ia bukan hanya disebabkan mereka tidak boleh merasainya, tetapi ia mungkin tidak baik atau tidak bersesuaian dengan perut mereka.
Malah, makanan bergula dan juga tinggi karbohidrat tidak boleh diberikan kepada kucing. Hal ini kerana, ia boleh menyebabkan kegemukan dan juga obesiti dalam kalangan kucing.
Kenyataannya, ini kerana kucing sebenarnya tidak mempunyai kemampuan biologi untuk merasakan rasa manis. Satu fakta yang lebih mengejutkan, kucing adalah satu-satunya mamalia yang tidak dapat merasakan kemanisan.
Kebanyakan mamalia mempunyai reseptor untuk merasakan sesuatu rasa. Namun, tidak untuk kucing yang mana berasal dari kumpulan mamalia juga. Kucing kekurangan reseptor untuk rasa manis.
Kucing mempunyai lebih kurang 470 deria rasa pada lidah mereka berbanding manusia yang mempunyai 9,000. Menurut cathealth.com, bau dihirup ke lidah dan bibir, ia digesel di lelangit. Kemudian, organ Jacobdon merupakan satu cara untuk haiwan menganalisa intipati sesuatu perisa dan bau di dalam cara yang kita sendiri tidak berpengalaman merasainya.
Jadi adakah kucing hanya boleh makan makanan kucing atau ikan sahaja? Jawapannya adalah anda boleh memberi beberapa makanan yang boleh memberi kalsium dan protein seperti daging. Walau bagaimanapun, elakkan daripada memberikan daging yang tinggi garam kerana ia boleh menjadi toksik kepada kucing.
Anda juga boleh memberikan kucing anda keju kerana kandungan kalsium dan proteinnya tinggi. Selain itu, pisang dan beri juga baik untuk dijadikan makanan ringan yang sihat untuk kucing.