Soalan Popular SOP Untuk PKP – Ini Adalah Apa Yang Perlu Anda Tahu

Selari dengan pengumuman perlaksanaan PKP ke atas negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Selangor, Sabah, Melaka, Pulau Pinang dan juga Johor, terdapat beberapa persoalan popular yang perlu anda tahu sepanjang tempoh berkenaan.

Seperti yang anda ketahui, terdapat beberapa SOP atau syarat perlu dipatuhi oleh semua masyarakat yang terlibat bermula 13 Januari sehingga 26 Januari 2021.

Jadi apakah SOP yang perlu anda ketahui sepanjang PKP berlangsung?

Bolehkan saya keluar merentas negeri atau daerah?

Jawapannya: Tidak boleh. Pergerakan rentas negeri dan daerah ke kawasan PKP tidak dibenarkan tanpa kebenaran PDRM.

Bolehkah saya keluar ke tempat kerja?

Jawapannya: Tidak dibenarkan untuk Non-Essential Services dan perlu bekerja dari rumah (WFH). 

Namun, sektor ekonomi berkeperluan iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi dibenarkan beroperasi.

Hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat, manakala bagi pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan masing-masing.

Bolehkan saya keluar untuk ke tempat makan?

Jawapannya: Tidak boleh. Walau bagaimanapun, individu disarankan untuk menggunakan perkhidmatan seperti pandu-lalu atau penghantaran makanan ke rumah seperti GrabFood dan foodpanda.

Bolehkah saya keluar untuk membeli kelengkapan rumah?

Jawapannya: Boleh, namun terhad kepada dua orang sahaja dan juga dalam radius 10km sahaja.

Walau bagaimanapun, golongan yang berisiko tinggi seperti orang tua atau individu dengan penyakit kritikal adalah tidak digalakkan untuk keluar. 

man standing beside train station

Adakah pusat membeli-belah, farmasi dan bank beroperasi seperti biasa?

Jawapannya: Pusat membeli-belah, pasaraya, kedai runcit merupakan salah satu ekonomi. Ia tidak akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh PKP.

Walau bagaimanapun, individu masih perlu mematuhi SOP yang ditetapkan seperti mengekalkan jarak 2 meter, mengimbas suhu selain memakai topeng muka sewaktu ke tempat berkenaan pada setiap masa.

Adakah insititut pengajian seperti sekolah, taska dan IPT beroperasi?

Jawapannya: Tidak, sekolah dan IPT tidak beroperasi di kawasan PKP sehingga diumumkan. Namun, untuk pelajar SPM, STPM, SVM dan STAM boleh bergerak merentas negeri dan daerah dengan SOP yang ketat.

Bagaimana untuk aktiviti keagamaan?

Jawapannya: Bagi aktiviti keagamaan, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan PKP dengan jumlah maksimum 5 orang. Bagi negeri yang dikenakan PKPP dan PKPB, masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetapkan di dalam SOP.