Ini Adalah 5 Barangan Yang Boleh Dibeli – Persiapan Bekerja Dari Rumah
Bagi anda yang perlu bekerja dari rumah, sudah tentu beberapa persiapan perlu disediakan bagi memastikan kelangsungan aktiviti dan perlaksanaan tugasan. Malah, untuk suasana yang lebih kondusif dan efektif juga, kelengkapan pekerjaan seharusnya berada di paras baik agar hasil kerja yang ditampilkan adalah memberangsangkan.
Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda tips dan barangan yang boleh anda dapatkan sebelum memulakan kerja dari rumah.
Pemanas Cawan
Jika anda sudah berada di depan komputer riba, sudah tentu ia tidak akan mengambil masa yang sekejap. Pastinya anda akan menyertai pelbagai sesi perbincangan dan telesidang yang tidak berkesudahan sehingga tidak ada masa untuk membancuh air.

Dengan adanya pemanas cawan, air bancuhan anda akan kekal panas walaupun setelah lama anda membancuhnya. Tips lain, anda boleh menyediakan satu jag air yang anda gemari, kemudian anda boleh menuangnya ke dalam cawan untuk memanaskannya.
Anda boleh mendapatkannya di Lazada dan juga Shopee pada julat harga sekitar RM20 hingga RM40 bermula hari ini!
Tumbler
Untuk penggemar minuman sejuk pula, anda boleh mendapatkan set tumbler yang membolehkan anda mengisi air sejuk kegemaran anda.
Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkannya di Nafawa.com pada harga RM10 sahaja. Malah anda juga boleh mendapatkan juga mini sejadah di dalam set berkenaan.
Meja Mudah-Alih
Kesan apabila duduk terlalu lama sewaktu bekerja dari rumah adalah semestinya sakit belakang. Untuk beberapa hari pertama, ia tidak memberi impak yang buruk. Namun, lama-kelamaan badan anda akan menjadi tidak selesa.

Jika anda merasakan mata dan leher anda selalu tegang, ia adalah disebabkan oleh penempatan skrin yang tidak berada pada sudut yang betul. Oleh itu, penyediaan meja mudah-alih dapat membantu anda pergerakan sewaktu berada di hadapan komputer lebih fleksibel sekaligus menghilangkan sakit belakang, leher, dan bahu.
Dapatkannya di laman Shopee dan Lazada bermula hari ini.
Tripod Meja
Apabila bekerja dari rumah juga, anda akan memerlukan lebih banyak interaksi secara atas-talian. Zoom dan Google Meet adalah platform persidangan video yang paling kerap digunakan.

Sulit untuk melakukan banyak tugas sewaktu persidangan web seperti membuka dan menutup aplikasi ataupun membuat perubahan pada tugasan menggunakan satu komputer riba. Salah satu penyelesaiannya ialah memuatkan semua tugas rakaman audio dan video ke telefon anda kerana ia mempunyai kualiti video dan teknologi mikrofon yang lebih baik. Oleh itu, anda memerlukan tripod meja atau pemegang peranti fleksibel untuk memegang peranti anda pada sudut yang anda inginkan.
Dapatkannya di laman Shopee dan Lazada bermula hari ini.
Pembersih Skrin Dan Papan Kekunci
Tidak dinafikan, jika bekerja dari rumah anda cenderung untuk makan dan minum di kawasan berdekatan dengan komputer anda. Hal ini akan mengakibatkan komputer anda menjadi berhabuk dan juga kotor.

Oleh itu, pembersih papan kekunci dan pembersih skrin adalah penting dalam membantu membersihkan serpihan dan zarah habuk di komputer dan gajet anda yang lain.
Berikut adalah beberapa barang keperluan yang. mungkin anda perlukan sepanjang bekerja dari rumah sepanjang PKP ini. Untuk anda yang mempunyai cadangan lain, jangan lupa kongsikan bersama pembaca Tajria yang lain!