Carian
Mengapa Gula Mempunyai Warna Yang Berbeza?
January 12, 2021 Lina Rosli

Mengapa Gula Mempunyai Warna Yang Berbeza?

Jika di pasaran, anda akan perasan yang mana terdapat variasi warna gula yang ditawarkan. Ada yang berwarna putih dan ada juga yang berwarna perang?

Apakah perbezaannya? Untuk pengetahuan anda, gula hadir dengan warna putih secara semula jadi. Apabila gula awalnya diekstrak dari tanaman, ia mempunyai warna keemasan kerana terdapat bahan bukan gula yang melekat serta berada di dalam kristal gula.

white ceramic bowl on white table

Kemudian, gula tersebut dibersihkan yang mana serat dan molase tumbuhan akan dikeluarkan dan akhirnya akan mengembalikan kristal gula ke warna putih semula jadi. 

Gula pada awalnya merupakan campuran sukrosa, glukosa, fruktosa, dan beberapa mineral termasuk kalsium, zat besi, dan magnesium. Bagi ekstrak gula yang tidak dibersihkan dan masih mengandungi mineral dikenali sebagai gula perang.

Gula perang adalah gula halus sebahagiannya yang masih mempunyai beberapa komponen lain selain sukrosa. Apabila diperhalusi sepenuhnya, penampilannya berwarna putih.

Gula merah pula adalah gula halus dengan pigmen merah yang ditambahkan ke dalamnya.

brown powder in round container

Jadi apa yang akan dilakukan untuk bahan bukan gula yang telah dikeluarkan dari gula?

Sebilangan besar bahan bukan gula yang dihasilkan dalam pemprosesan gula digunakan untuk tujuan lain sama ada dikitar semula atau digunakan semula.

Molase

Untuk sisa molase, ia digunakan oleh syarikat makanan seperti pembuat roti, penyuling dan syarikat farmaseutikal. Ia memerlukan sekitar empat putaran pengekstrakan untuk menghilangkan molase bagi mendapatkan jumlah sukrosa maksimum.

Lebihan bahan bukan gula yang diektrak keluar dari gula juga biasanya digunakan untuk makanan haiwan atau diproses lebih lanjut untuk digunakan sebagai produk berasaskan karbohidrat lain.

Bagasse

Manakala sisa bagasse yang boleh didapati pada gula yang diambil dari tebu sering digunakan sebagai bahan bakar untuk menjalankan kilang tebu. Bagasse merupakan bahan berserat atau pulpa kering yang tinggal setelah tangkai tebu atau sorgum dihancurkan untuk mengeluarkan jusnya. Ini digunakan sebagai biofuel untuk pengeluaran haba, tenaga, dan elektrik, dan dalam pembuatan pulpa dan bahan binaan.

Banyak kilang tebu yang menghasilkan elektrik mereka sendiri, malah ada yang membekalkan tenaga elektrik ke bandar-bandar berdekatan. 

Karbon

Karbon yang digunakan dalam penyaringan tebu akan digunakan kembali. Penggunaan karbon aktif dalam industri gula adalah bertujuan untuk penyingkiran pewarna dari minuman gula dan juga untuk rawatan air minuman dan air sisa industri.

Berikut adalah beberapa kegunaan molekul dalam gula yang telah diproses dan digunakan semula. Gula bukan sahaja boleh didapati menerusi tebu sahaja, malah ia turut boleh didapati pada barli, kanji jagung, tenusu, buah-buahan dan banyak lagi.

Komen