Perkhidmatan Grab Beroperasi Seperti Biasa Sepanjang PKP, PKPB
Berikutan perlaksanaan PKP yang dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor, Sabah dan Pulau Pinang sehingga 26 Januari 2021, terdapat beberapa servis dan perkhidmatan bekeperluan dibenarkan beroperasi.
Ia termasuk perkhidmatan Grab. Untuk servis dibawahnya seperti Food, Mart, Express dan juga Transport dilihat akan terus beroperasi untuk memberi perkhidmatan kepada penghantaran yang diperlukan sepanjang tempoh PKP berlangsung.
Bagi memastikan kelancarang perkhidmatan sewaktu PKP juga, pihak Grab akan menggunakan pemandu sedia ada untuk meningkatkan rangkaian penghantaran kami dan juga menambah pendapatan mereka kerana kemungkinan penurunan keperluan pengangkutan.
Bukan itu sahaja, program GrabProtect turut diperkenalkan untuk menjaga keselamatan pihak yang terlibat dengan memberi akses mudah untuk pelitup muka, pensanitasi tangan, pembersih dan juga penyembur disinfektan.
Dengan beberapa penawaran menarik dari Grab ini, ia akan memudahkan lagi akses pengguna untuk mendapatkan sebarang keperluan harian sepanjang waktu PKP ini. Walau bagaimanapun, anda masih lagi perlu mengikuti arahan yang telah dikeluarkan pihak kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa yang lain sepanjang tempoh PKP, PKPP dan PKPB berlangsung bagi memutuskan penularan wabak Covid-19.