Resepi Bergedil Daging – Boleh Dihidangkan Bersama Soto, Bihun Sup
Dalam dapur Tajria hari ini, saya ingin berkongsi resepi menarik yang boleh anda cuba dan hidangkan bersama keluarga iaitu Bergedil Daging.
Begedil Daging ini biasanya akan disediakan bersama soto atau bihun sup dan juga merupaka hidangan yang berasal dari Indonesia.
Bahan utamanya adalah kentang, daging kisar dan juga telur. Untuk mencubanya, berikut adalah beberapa bahan lain yang diperlukan dan juga cara. penyediaan yang boleh anda ikuti.

Bahan-bahan
- 3-4 biji kentang
- 1/2 bungkus daging kisar Ramly
- 1 biji bawang besar, potong dadu
- 1-2 tangkai daun sup, dihiris halus
- 1-2 tangkai daun bawang
- 1 biji telur ayam
- Garam
Cara Penyediaan:
1. Kupas kulit kentang dan potong dadu. Kemudian, goreng kentang tersebut sehingga empuk.
2. Angkat dan toskan. Biarkan seketika hingga kurang panas.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
4. Seterusnya, masukkan daging kisar dan biarkan ia masak untuk seketika.
5. Sambil menunggu daging masak, anda boleh mula melenyekkan dan menghancurkan kentang.
6. Kemudian, gaulkan bersama garam.

7. Apabila daging sudah masak, gaulkannya bersama kentang dan daun sup.
8. Buatkan bentuk bulat dan leperkan sedikit.
9. Pecahkan sebiji telur dan kacaukan sebati menggunakan garfu.
10. Celup begedil dan goreng di dalam minyak yg sudah dipanaskan di dalam kuali.
Selain soto, anda juga boleh menghidangkan Bergedil Daging dengan sambal kicap. Mudah bukan? Selamat mencuba.