Bagi anda yang memakai anting-anting, sudah tentu anda memerlukan penjagaan yang lebih untuk kawasan telinga yang ditindik. Hal ini bagi mengelakkan kawasan tersebut bernanah atau gatal-gatal akibat jangkitan bakteria.

Namun untuk sesetengah kes, akan terjadinya perkara yang tidak diingini sama ada anda tidak mengikuti arahan penjagaan pasca bertindik ataaupun komplikasi lain akibat penggunaan barang yang tidak bersih sewaktu memakainya di telinga.

Bagaimana anda boleh mendapat jangkitan akibat bertindik?

Menindik pada dasarnya adalah keadaan yang mana menebuk lubang pada telinga dan luka tersebut bersifat terbuka.

Luka pada cuping telinga ini biasanya mengambil masa enam hingga lapan minggu untuk sembuh. Namun, untuk kes bertindik yang terkena tulang rawan yang mana berlaku di bahagian telinga yang lebih sukar, biasanya memerlukan waktu lebih lama untuk sembuh dan lebih mudah terkena jangkitan.

Faktor yang menyebabkan jangkitan bakteria pada kawasan bertindik:

  • Kawasan uka dibiarkan terdedah lama – sehingga mengakibatkan bakteria
  • Kerap menyentuh kawasan tindik dengan tangan atau instrumen yang kotor
  • Anting-anting terlalu ketat – tidak membiarkan ruang untuk bernafas dan sembuh
  • Pengendalian di kawasan tindik atau lubang anting-anting dilakukan secara kasar
  • Anting-anting atau barang perhiasan yang digunakan tidak disteril

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh menyebabkan kawasan telinga yang ditindik mendapat jangkitan bakteria.

Jadi, jika ia tidak dijaga dengan baik, anda berkemungkinan besar akan mengalami:

  • luka bernanah
  • bengkak
  • gatal sehingga kemerahan.

Bagaimana Untuk Membersihkan Dan Mengubati Kawasan Jangkitan?

Jika jangkitan tersebut tidak teruk dan hanya jangkitan kecil sahaja, anda mungkin dapat merawatnya di rumah.

Ikuti langkah-langkah ini untuk menangani jangkitan bertindik:

  1. Basuh tangan anda sebelum menyentuh atau membersihkan tindikan anda.
  2. Bersihkan telinga di sekitar kawasan tindik menggunakan air masin tiga kali sehari.
  3. Gunakan garam steril atau campurkan 1/4 sudu kecil garam dengan 250ml air suling.
  4. Elakkan dari menggunakan alkohol, hidrogen peroksida atau bahan antibiotik. Ini boleh merengsakan kulit dan melambatkan proses penyembuhan.

Setelah jangkitan nampak sudah sembuh, lanjutkan rejimen pembersihan ini dua kali sehari sehingga tindikan sembuh sepenuhnya. Ingat, anda tidak boleh membiarkan ia kering atau dikenakan pada kawasan yang kotor kerana ia boleh menyebabkan keadaan bertambah teruk.