Ini Adalah Perkara Yang Menarik Pada Acara Samsung Unpacked 2021
Pada acara Unpacked 2021 kali ini, Samsung menampilkan variasi jenis peranti dan produk yang mungkin akan menarik minat anda. Ia bukan sahaja menyasarkan kepada golongan yang menginginkan sesuatu yang baru di dalam dunia teknologi, malah ia turut menampilkan inovasi rekaan yang lebih ‘trendy’ sesuai untuk pelbagai lapisan generasi.
Antara produk yang menarik perhatian ramai adalah Samsung Galaxy S21 dan bermacam-macam lagi.
Sebelum ini, Samsung telah hadir dengan pelbagai fungsi dan inovasi menerusi peranti yang diperkenalkan. Ia bagi meningkatkan produktiviti pengguna dan juga pengalaman yang lebih baik sewaktu penggunaan.
Jadi untuk acara kali ini, apakah perkara-perkara menarik yang telah diperkenalkan jenama ini menerusi Unpacked 2021?
Rekaan Baharu – Contour Cut Design
Pastinya anda dapat melihat keunikan yang ditampilkan pada siri Samsung Galaxy S21 kali ini. Ia hadir dengan rekaan bingkai dan bonggol kamera yang bercantum yang turut dikenali sebagai Contour Cut Design.
Ditambah pula kemasan seakan warna keemasan pada bonggol kamera, rekaan ini kelihatan sangat menarik dan boleh dikatakan sangat sesuai untuk anda yang menginginkan peranti pintar yang versatil.
Aksesori SmartTag – Seakan Tile
Untuk anda yang sering mengalami masalah sukar untuk mencari sejumlah barangan ataupun peranti, Samsung Galaxy SmartTag ini sangat berkesan untuk menjejaki barang sekiranya hilang.
Dengan rekaan saiznya kecil, sudah tentu ia sangat mudah untuk dikendalikan selain tidak membuatkan anda merasa tidak selesa sekiranya diletakkan di dalam dompet.
Galaxy Buds Pro
Samsung turut membawakan fon telinga nirwayar Galaxy Buds Pro yang menggunakan ciri pembatalan hingar. Ia juga menampilkan kualiti bunyi yang lebih baik dan pengecasan nirwayar.
Apa yang menarik pada peranti kali ini, ia boleh mengesan ketika anda sedang bercakap yang mana ia akan mengawal kadar bunyi secara automatik.
_______________________________________________________________________
Berikut adalah beberapa perkara menarik yang ditampilkan pada acara Unpacked 2021. Melalui penawaran peranti kali ini, Samsung dilihat telah hadir dengan peranti yang dapat meningkatkan produktiviti anda di kala waktu yang penuh mencabar ini.
Jadi, adakah ia berjaya menarik minat anda?