Carian
Adakah Tidur 8 Jam Dari 10 Malam Hingga 6 Pagi Sama Dengan Tidur 4 Pagi Hingga 12 Tengahari?
January 14, 2021 Lina Rosli

Adakah Tidur 8 Jam Dari 10 Malam Hingga 6 Pagi Sama Dengan Tidur 4 Pagi Hingga 12 Tengahari?

Semua orang pasti mengalami pengalaman yang sama, yang mana tidak cukup tidur kerana membuat persiapan untuk peperiksaan pada esok hari atau terpaksa berjaga malam untuk menyiapkan tugasan apabila masa sudah mula menghampiri deadline

Perkara ini tidak hanya berlaku sewaktu zaman belajar sahaja, malah ia turut dihadapi sewaktu bekerja juga. Pelbagai perkara yang perlu dilaksanakan sehingga menyebabkan waktu tidur anda menjadi tidak menentu.

round grey alarm clock at 2:40

Menjadi persoalan di sini, adakah jika anda tidur selepas siap tugasan iaitu sekitar 4 pagi dan bangun pada jam 12 tengahari akan memberikan kualiti yang sama jika anda tidur jam 10 malam hingga 6 pagi?

Jawapannya adalah tidak. Walaupun anda telah mendapatkan jumlah jam tidur yang lama iaitu 8 jam, namun kualiti tidurnya adalah tidak sama.

Berikut adalah beberapa kesan tidur lewat yang akan dialami walaupun mempunyai jam tidur yang mencukupi.

Gangguan Pada Hormon

Apabila anda tidur terlalu lewat ia akan mengganggu hormon diurnal anda dan seterusnya membuatkan anda kekurangan tenaga pada keesokkan harinya.

Hormon pertumbuhan manusia (HGH) dihasilkan sebagai nadi antara tengah malam hingga 3 pagi. Oleh itu, sekiranya anda kerap tidur lewat, anda mungkin akan terlepas hormon yang akan memberikan peningkatan tenaga sekaligus akan mengakibat pertumbuhan yang buruk pada kanak-kanak. Sementara untuk orang dewasa pula, ia menyebabkan penurunan kadar kesejahteraan, peningkatan lemak, peningkatan risiko penyakit jantung dan lemah jantung, otot dan tulang.

black framed eyeglasses on blue bedsheet

Memerlukan Waktu Tidur Tambahan

Malah, jika anda kembali kepada corak tidur normal, anda akan ada satu tabiat yang mana anda akan memerlukan tidur tambahan apabila bangun pada awal pagi.

Seterusnya, anda juga akan menghadapi kesukaran dengan penyesuaian siang hari kerana secara umumnya manusia dilahirkan untuk berjaga dan bekerja ketika siang hari dan dan tidur pada waktu malam.

Selepas beberapa ketika, ia mengganggu irama sirkadian atau cyrcardian rythm. Ia adalah proses dalaman yang semula jadi yang mengatur kitaran bangun tidur dan berulang pada setiap putaran Bumi kira-kira setiap 24 jam. Ia boleh merujuk kepada sebarang proses biologi yang menunjukkan ayunan endogen, yang dapat dikendalikan selama kira-kira 24 jam.

Lebih Cenderung Mengalami Kemurungan

Kajian lain mendapati bahawa pekerja Jepun yang tidur selepas jam tidur menunjukkan simptom kemurungan lebih banyak berbanding mereka yang tidur lebih awal.

Penyelidikan di Harvard pula mendapati corak tidur yang tidak teratur dikaitkan dengan prestasi dan produktiviti yang lebih buruk. Walau bagaimanapun, sebenarnya jam tidur ini adalah berdasarkan kesesuaian anda juga. Anda boleh tidur dan bangun pada bila-bila masa yang anda suka, namun anda harus memastikan anda akan mengikuti jadual yang tetap pada keesokkan harinya serta mengurus diri anda dengan lebih baik.

 

Komen