Cuba Marrybrown Salted Egg-Stra Ong Burger – Tebus Harga Istimewa Di Shopee Pada 16 Januari Ini
Bersempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba pada Februari ini, Marrybrown. tampil dengan satu menu baru yang menarik iaitu Salted Egg-Stra Ong Burger.
Khusus untuk penggemar telur masin, Marrybrown tampil dengan set kombo istimewa yang terlihat menyelerakan. Menerusi poster yang diterbitkan, ia hadir dengan bun roti bewarna merah jambu dan juga sos telur masin pada kepingan ayam.

Bukan itu sahaja, set kombo ini menghidangkan minuman bewarna merah jambu juga yang dinamakan Pink Lemonade dan juga kentang goreng bersamanya.
Jadi, apa tunggu lagi anda boleh pra-tempah set kombo dari Marrybrown ini melalui laman edagang Shopee pada 16 Januari ini pada harga RM8.80 sahaja! Promosi terhad satu hari sahaja. Bagi anda yang terlepas, anda boleh membelinya pada harga normal iaitu RM15.90.
Tebus Baucar Shopee: Marrybrown Salted Egg-Stra Ong Burger
Untuk menebus baucar eksklusif Shopee ini, layari aplikasi Shopee dan pergi ke halaman Me, pilih Deals, Top Up & Bill dan klik kategori Food. Kemudian, klik beli sekarang dan tebus baucar anda di kedai Marrybrown berdekatan. Pamerkan kupon pembelian Shopee sebelum 28 Februari hadapan.