Tahukah Anda Bayi Baru Lahir Tidak Mengeluarkan Air Mata Sewaktu Menangis?

Jika anda perasan, bayi baru lahir sebenarnya tidak mengeluarkan air mata sewaktu menangis. Mereka hanya mengeluarkan suara merengek dan hanya akan mula mengeluarkan air mata pada umur sekitar 2 minggu kelahiran.

Situasi ini sebenarnya adalah normal. Hal ini berlaku kerana saluran air mata bayi yang baru lahir tidak matang sepenuhnya. Oleh itu, dia tidak dapat mengeluarkan air mata sewaktu menangis.

person carrying baby

Adakah Terdapat Kemungkinan Bayi Tidak Boleh Mengeluarkan Air Mata?

Sekiranya anda melihat bayi anda yang baru lahir menangis tanpa tangisan, ia mungkin membimbangkan anda sebagai ibu bapa. Tetapi anda tidak perlu risau kerana ini berlaku pada hampir semua bayi.

Seperti yang disebut di atas, bayi akan mula menitiskan air mata pada minggu kedua kelahirannya apabila saluran air mata telah terbuka. Kadang-kadang, bayi mungkin tidak menitiskan air mata sehingga usia satu hingga tiga bulan, yang juga dianggap normal.

Namun, ada beberapa kes yang mana sebilangan bayi menangis tanpa air mata kerana saluran air mata tersumbat. Jika berlaku sedemikian, anda boleh menghubungi dan mendapatkan nasihat pakar atau doktor untuk memeriksa sama ada bayi anda mempunyai masalah dengan saluran air mata atau keadaan perubatan lain yang menghalang pengeluaran air mata.

baby's fac

Apakah Keadaan Mata Yang Boleh Mempengaruhi Pengeluaran Air Mata Bayi?

Terdapat keadaan mata tertentu yang boleh menghalang pengeluaran air mata pada bayi anda. Ia termasuk

Konjungtivitis

Keadaan ini boleh berlaku kerana kerengsaan, jangkitan atau saluran air mata yang tersumbat. Untuk melihat sama ada bayi anda mengalami hal sedemikian, periksa bayi anda sama ada mempunyai mata merah atau bengkak. Ini kerana keadaan tersebut boleh mempengaruhi pengeluaran air mata bayi anda.

Saluran Air Mata Tersekat atau Dacryostenosis

Saluran air mata yang tersekat juga dapat menyukarkan pengeluaran air mata. Keadaan ini berlaku apabila saluran yang membantu mengalirkan air mata bersaiz kecil atau masih belum matang. Oleh itu, ia boleh menyebabkan mata berair, tetapi tidak ada air mata yang kelihatan.

Strabismus atau Mata Bersilang

Terdapat juga kemungkinan yang mana kawalan otot mata bayi masih lemah atau rabun jauh. Keadaan ini boleh menjadi lebih baik apabila bayi membesar.

Katarak

Katarak juga boleh mempengaruhi mata. bayi. Keadaan ini kadang kala timbul semasa kelahiran atau mungkin timbul pada peringkat kemudian.

Glaukoma

Sekiranya anda mendapati gejala Glaukoma seperti sensitif pada cahaya pada bayi anda, anda harus segera mendapatkan bantuan perubatan kerana keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi serius, seperti kerosakan pada saraf optik dan kehilangan penglihatan.

Berikut adalah beberapa faktor yang mungkin dialami oleh bayi sehingga mengakibatkan air mata tidak keluar untuk tempoh yang lama. Dalam pada masa yang sama, anda juga perlu memastikan bayi anda mendapat kuantiti air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi sekaligus akan mengakibatkan saluran air mata menjadi kering. Oleh itu, jadual penyusuan yang betul adalah penting untuk memastikan bayi anda sentiasa terhidrasi.

Sumber: Healthline, Baby Center