Bagi anda yang telah mula gusar dan bosan duduk di rumah untuk tempoh yang lama, kini anda tidak perlu risau kerana Tourism Selangor telah menyenaraikan beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bersama keluarga. Lebih-lebih lagi sewaktu fasa PKP ini berlangsung.
Melalui aktiviti ini, ia bukan sahaja boleh menghilangkan rasa bosan anda, malah boleh membantu mengeratkan hubungan antara keluarga. Dibawah adalah 20 idea aktiviti yang boleh anda dan anak-anak lakukan untuk mencipta memori dan pengalaman baru bersama.
- Bermain permainan papan seperti sahiba, catur, monopoli dan lain-lain.
- Buat suatu diari bagi tujuan mencatat aktiviti harian anda sekeluarga.
- Menyediakan kek atau biskut kegemaran ahli keluarga. Bahkah, anda juga boleh menjana pendapatan baharu jika hasilnya memuaskan.
- Belajar untuk membuat penyediaan makanan awal. Ini adalah sangat berguna bagi yang harus bekerja dari rumah kerana ianya menjimatkan masa ketika perlu meyediakan makan tengah hari.
- Mengadakan malam menonton filem di rumah. Setiap malam, satu orang dari ahli keluarga anda dapat memilih satu filem untuk ditonton.
- Lakukan aktiviti bersenam di rumah.
- Lakukan countdown dan perkara-perkara yang produktif bagi hari-hari yang akan datang.
- Bantu anak-anak anda dengan kerja sekolah mereka.
- Berteka-teki atau bina sesuatu mengguna permainan Lego.
- Kemaskan rumah anda. Selongkar barangan tidak terpakai anda dan ketepikannya bagi pemberian bantuan kebajikan.
- Lakukan kerja-kerja rumah bersama ahli keluarga.
- Hiaskan rumah anda. Anda juga boleh menyediakan satu sudut yang baru untuk anda berkumpul beramai-ramai.
- Berkelah atau berkhemah di laman rumah.
- Adakan panggilan video bersama rakan-rakan atau saudara mara anda. Jarak bersosial tidak bermakna anda tidak bersosial.
- Mulakan aktiviti berkebun dirumah.
- Rakam aktiviti bersama keluarga sebagai memori masa hadapan.
- Reka satu peta bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati setelah tamat tempoh PKP ini.
- Karaoke di rumah
- Tulis pengalaman anda kuarantin di rumah di platform Tajria.
- Rancang percutian keluarga anda di Selangor.
Lakukan aktiviti-aktiviti ini bagi mengisi masa lapang anda di rumah sepanjang melalui tempoh sukar ini. Dengan ini, anda dan anak-anak boleh menghindari diri dari keinginan untuk keluar bersiar. Tambahan pula, anda dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga anda.